MUKAH - Empat bilik asrama lelaki yang terletak di tingkat atas bangunan asrama tiga tingkat SMK Mukah musnah dalam satu kebakaran petang semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, panggilan mengenai kejadian diterima pada pukul 2.09 petang.

Katanya sebuah LFRT, sebuah lori tangki, sebuah EMRS dan sebuah lori Isuzu dengan kekuatan 12 anggota bergegas ke sekolah itu untuk memadam kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan, dan kebakatan berjaya dipadamkan pada pukul 3.16 petang.

"Kira-kira 168 orang pelajar lelaki menghuni bangunan asrama itu dan kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, dan menambah jumlah kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan. - Bernama

Artikel Menarik:

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Lapan tip otak sihat, untuk jadi lebih bijak dan pandai

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau