SEREMBAN - Empat murid sekolah rendah dan pra sekolah berumur antara enam dan sembilan tahun berhadapan detik cemas selepas van sekolah yang dinaiki mereka terbabas dalam satu kemalangan di Jalan Mantau Indah 3 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, semasa van Ford Spectron yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun itu dalam perjalanan dari Seremban 2 menuju ke perumahan Taman Mantau dengan membawa empat penumpang.

"Apabila tiba di tempat kejadian van itu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan sebelum melanggar sebatang tiang lampu, dan kemalangan mengakibatkan pemandu van mengalami kecederaan ringan.

"Dua murid berusia enam tahun mengalami luka di dahi manakala dua lagi yang berumur sembilan tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mohd Said berkata kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Artikel Menarik:

Cemerlang setiap kali peperiksaan, guru ini gariskan tujuh panduan untuk diikuti

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Ustaz Amiro kongsi pesanan dan doa buat calon UPSR