Enam guru yang namanya disebut-sebut PM, Guru Malaysia paling hebat

Bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor, Nor Hainei Abu Bakar dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi) Aminudin Adam masing-masing dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2020.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu melalui Perutusan Khas Sempena Hari Guru yang disiarkan secara langsung sebelum ini.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Nor Hainei Abu Bakar mantan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor yang telah dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan.

'Saya juga mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Aminudin Adam, mantan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi) yang telah dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan.

"Anugerah ini merupakan penghargaan tertinggi negara kepada guru yang telah mencurahkan khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa," kata Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berharap anugerah itu akan menjadi pembakar semangat kepada semua warga pendidik untuk terus bekerja keras dan memberikan sumbangan terbaik dalam melonjakkan lagi kualiti pendidikan di negara kita.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengucapkan tahniah kepada guru memperoleh pencapaian cemerlang dalam pendidikan, guru inovatif dan yang berjaya meningkatkan pencapaian murid di luar bandar tahun ini.

Antaranya, guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jejarom, Abd Rahman Ali kerana berjaya mencapai kedudukan kelima teratas Cikgu Juara Digital Mydigitalmaker Kebangsaan 2020.

Abd Rahman ialah Ikon Guru Teknologi Pendidikan Kebangsaan 2017, Ikon STEM Kebangsaan 2018, MIE Expert Malaysia, Global Minecraft Mentor dan peserta Global Education Exchange Microsoft Sydney Australia 2020.

Beliau juga berbangga dengan kesungguhan beberapa lagi guru yang komited dalam kerjaya termasuk guru Kimia dari SMK Seri Bintang Utara, Lee Saw Im, yang menerima Global Teacher Award 2019 dan pernah dinobatkan sebagai pemenang Best Science Teacher in South East Asia serta Norhailmi Abdul Mutalib dari SMK Jerlun, Ayer Hitam, Kedah yang menjadi finalis untuk Global Teacher Prize 2020.

Beliau turut menyebut beberapa lagi nama guru cemerlang iaitu Samuel Isaiah dari SK Runcang, Muadzam Shah, Pahang, kerana turut disenarai pendek untuk Global Teacher Prize 2020 berjaya meningkatkan pencapaian murid di sekolah beliau yang terletak di luar bandar.

"Hasil penat lelah guru berjaya melahirkan pelajar cemerlang seperti Izzah Amzan dari Sekolah Sukan Bukit Jalil yang juga Gimnas Kebangsaan dan memenangi 2 pingat Emas, 1 Perak di Temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.

"Saya juga berbangga dengan pencapaian Pasukan Vincera dari SMK King George Kelima, Negeri Sembilan yang menjadi Naib Juara, Land Rover 4x4 in Schools Technology Challenge, World Finals 2019, di UK.

"Saya juga gembira mengetahui kejayaan adik Nathanael Lim Yee Ning, Ling Guan Yee dan Ling Yan Ru dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kai Ming dan Sekolah Kebangsaan St. Anthony, Bintulu.

"Mereka memenangi pingat emas pada pertandingan inovasi Pameran Teknologi, Inovasi dan Reka Cipta, Harta Intelek Antarabangsa 2020. Tahniah saya ucapkan kepada anda semua," katanya.

Perdana Menteri percaya ramai lagi anak Malaysia yang mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang yang tidak dapat beliau sebutkan kesemuanya.

"Mereka adalah harapan kita semua. Saya doakan mereka diberikan kejayaan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi," katanya.

Kenali enam Tokoh Guru kebanggaan Malaysia

Aminudin Adam

Mantan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi)

Gambar: Bernama

Nor Hainei Abu Bakar

Bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor yang telah dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan

Cikgu Abd Rahman Ali Bashah

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenjarom.

  • Ikon Guru Teknologi Pendidikan Kebangsaan 2017
  • Ikon Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Kebangsaan 2018,
  • MIE Expert Malaysia, Global Minecraft Mentor
  • Peserta Global Education Exchange Microsoft Sydney Australia 2020.
  • Kelima teratas Cikgu Juara Digital Mydigitalmaker Kebangsaan 2020.
  • Tempat pertama Cikgu Juara Digital Mydigitalmaker kebangsaan 2020
  • Tokoh alumni Fakulti Sains dan Matemarik UPSI
  • Anugerah 1 Bestarinet Teacher Awards (Penghargaan) 2018
  • Duta guru STEM Yayasan Petronas
  • Anugerah Guru Inovasi Daerah Kuala Langat 2017
  • Hero Inspirasi Daerah Kuala Langat 2017
  • Ikon Guru Teknologi Pendidikan Negeri Selangor 2017
  • Anugerah Guru Inovatif (ICT) Peringkat Daerah Kuala Langat 2018
  • Anugerah Guru dalam TMK Peringkat Negeri Selangor 2018
  • Johan Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2019 (Daerah Kuala Langat)
  • Anugerah platinum International Summit of Innovation & Design Exposition INSIDE 2019

Cikgu Lee Saw Im

Guru mata pelajaran Kimia, SMK Seri Bintang Utara

  • Penerima Global Teacher Award 2019
  • Anugerah Ist Place Best Science Teacher In South East Asia 2016
  • Anugerah Award Of Honour 20th International Conference On Teaching, Education & Learning   2019
  • Anugerah Edufleuncer KPM 2019
  • Anugerah Ikon Stem Kebangsaan 2017
  • Anugerah Ikon Guru Kebangsaan 2014
  • Anugerah Ikon Guru WPKL 2018
  • Anugerah Ikon Guru WPKL 2017
  • Anugehrah Johan Guru Cemerlang Kokurikulum Kebangsaan 2014
  • Anugerah Naib Johan Guru Cemerlang Kokurikulum Kebangsaan 2013
  • Best Award Pembentang Persidangan Profesionalisme Guru Malaysia 2019
  • Pemenang Kertas Kerja Terbaik Kebangsaan 2018
  • Anugerah Johan Guru Cemerlang Kokurikulum WPKL 2013, 2014, 2016 Dan 2017
  • Anugerah Sijil Perak Inovasi Kebangsaan 2010
  • Anugerah Guru Inovatif Naib Johan WPKL 2015
  • Anugerah Guru Inovatif Ketiga WPKL 2013
  • Anugerah Guru Bestari Yayasan Pendidikan Cheras 2012
  • Guru Penasihat Terbaik Kelab SMKSBU 2012 – 2017, 2019

 

Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib

SMK Jerlun, Ayer Hitam, Kedah.

  • Finalis Global Teacher Prize 2020.
  • Agent for National Transformation 2014 oleh SKMM
  • Ikon Guru STEM Kebangsaan 2017
  • Naib Johan Guru Adiwira PAK21 anjuran PADU
  • Guru Adiwira Kebangsaan 2019
  • Malaysia Best Science Teacher oleh SEAMEO bagi Anugerah Ki Hajar Dewantara Award 2018 di Bali, Indonesia.
  • Mengikuti program angkasa guru antarabangsa bersama NASA di US Space and Rocket Center, Amerika Syarikat.
  • Guru Malaysia pertama mengikuti kursus guru antarabangsa di CERN, Pusat Nuklear Eropah di Geneva, Switzerland.

Cikgu Samuel Isaiah

Sekolah Rendah (SK) Runchang, Muadzam Shah, Pahang

  • Top 50, Global Teacher Prize 2020, (Varkey Foundation)
  • Star Golden Hearts Award, 2019 (The Star
  • Guru Adiwira Kebangsaan, 2019 (BPG)
  • Guru Adiwira PAK21, 2019 (PADU)
  • Pencetus Inspirasi, 2018 ( Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2017)
  • Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
  • Anugerah Guru Inovatif Pekan, 2018 (PPD PEKAN)
  • Anugerah “Best Teacher Award”, 2018 (ASEAN-ELT Conference)
  • Anugerah “Gold Award Winner”, ( Malachi Edwin, Creative Teacher Showcase, 2017, MELTA (Malaysian English Language Teaching Association)

Artikel berkaitan:

Cikgu McNor ajar empat langkah mudah buat sendiri cecair basmi kuman dengan kos hanya RM22 untuk satu liter

Sekolah perlu rancang SOP sendiri, pastikan pelajar patuh jarak sosial

Teruskan PdP dari rumah, pastikan murid dapat ilmu - Timbalan Menteri Pendidikan II

Demi cikgu, murid sanggup jual tin untuk beli kek hari lahir

'Cikgu Aminah bagai ibu kami, bila dia sakit giliran kami pula berbakti'