PASIR GUDANG - Kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan antara guru dan keluarga pelajar yang dirotan setelah menggelar gurunya 'cikgu pondan' bagi menyelesaikan kes itu, hari ini.

Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda Hassan berkata, pertemuan itu turut melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Artikel berkaitan: Bekas pelajar berbilang kaum bangkit tunjukkan sokongan - Ini pandangan Cikgu Korea

                                 Insiden guru rotan pelajar yang menggelarnya 'cikgu pondan' - Ini reaksi Dr. Maszlee

                               Guru, sekali kau merotan, mencubit dan menengking.... hilang sudah sejuta kebaikan

“Isu ini sudah hampir selesai dan semua pihak terlibat serta PIBG sekolah telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan.

“Kita akan cari jalan penyelesaian terbaik buat kedua-dua pihak bagi mendapatkan situasi menang-menang. Kalau boleh tak perlu melibatkan tindakan undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Polis Johor mengesahkan ibu kepada pelajar tersebut telah menarik balik aduan dibuat sebelum ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, walaupun penjaga pelajar terbabit berbuat sedemikian namun pihaknya tetap meneruskan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Memang aduan sudah dibuat tetapi ibu kepada pelajar tersebut telah menarik balik aduan tersebut,” katanya pada sidang media Majlis Penghargaan Sempena Pertukaran Ketua Polis Johor anjuran Persatuan Polis Bantuan Kontinjen Johor dan Agensi Polis Bantuan Johor di EcoWorld Business Centre, Eco Tropics di sini semalam.

Baca:

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan