BAYAN LEPAS - Rata-rata pengunjung menyifatkan Festival Guru Malaysia (FGM) 2019 yang berlangsung lima hari di Pusat Kovensyen Setia Spice cukup meriah dan memberi manfaat.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Mohd Fuzi Mohd. Nor berkata, setakat ini, beliau cukup berpuas hati dengan program tersebut yang mendapat sambutan orang ramai.

Katanya, antara yang menarik dalam festival tersebut adalah seperti pameran pembelajaran abad ke-21 dan pentaksiran bilik darjah.

"Saya harap program seperti ini diteruskan pada masa-masa akan datang dengan perkara dan aktiviti baharu pula diperkenalkan," katanya.

Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Korok, Rahmat Johari berkata, banyak maklumat baharu dapat diperolehi para pengunjung yang hadir dalam festival berkenaan.

Selain itu, katanya, festival itu juga cukup meriah dengan setiap hari orang ramai memenuhi program tersebut untuk menyaksikan pelbagai aktiviti menarik dan pameran disediakan.

Sementara itu, Guru Besar SK Methodist, Fazliyaton Ahmad Suhaimi,45, pula berkata, festival tersebut adalah antara program terbesar yang dianjurkan untuk menghargai guru-guru.

Selain itu katanya, antara yang menarik perhatian adalah di booth Adiwira yang memberi pendedahan apa yang guru buat selama ini.

"Saya harap program seperti ini dapat diteruskan sebagai platform dalam menghargai pengorbanan guru-guru selama ini. Saya cukup gembira dapat menyertai program ini," katanya.

ARTIKEL MENARIK:

'Meninggal ketika laung azan kedua untuk solat Jumaat' - Cikgu ini sebak kenang Amirul Najmi

Cikgu cantik ini guna kaedah 'digital classroom' tarik perhatian pelajar

Memang wajar guru ini menang Adiwira PAK21, Cikgu Nazmi berjaya bawa segala ilmu dalam kelasnya

'Terima kasih semua...' - Rezeki murid Tahun Enam jaga lima adik tidak putus-putus