KUCHING - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menyediakan peta laluan kerjaya khusus untuk anak-anak permata seni di sekolah Seni Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata kekurangan ‘jambatan’ dan sokongan untuk menyambung bakat pelajar semasa di sekolah sehingga ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)  menyebabkan usaha ini diwujudkan.

"Hari ini saya bersama pengetua dan guru-guru sekolah seni ini akan menjustifikasikan apakah sebenarnya kekurangan, dan penambahbaikan yang FINAS boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini” katanya semasa menghadiri perjumpaan bersama para pelajar di sekolah Seni Malaysia Sarawak di sini semalam.

Beliau yang baru memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS pada11 Mac lepas bercadang untuk merangka  satu program kolaborasi antara FINAS Sarawak dan sekolah Seni Malaysia Sarawak dengan mewujudkan memorandum persefahaman dan  meletakkan sekolah ini dibawah program anak angkat kendalian FINAS Sarawak.

Ahmad Idham berharap dengan usahasama FINAS ini, kerjaya sebagai penggiat seni di Malaysia bakal mempunyai masa depan yang lebih stabil terutama kepada anak-anak seni tempatan.- Bernama  

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua beradik juara seni khat.. warisi bakat bapa

'Tak apa Alia, kalian dan Allah bersama saya..' - Cikgu Fadli disekat jumpa Alia

Tak berganjak walau seminit..kesetiaan murid tahun 6 temani rakan berkerusi roda buat netizen sebak