SEGAMAT - Dalam usahan merapatkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat komuniti, Sekolah Kebangsaan (SK) (FELDA) Redong telah mengadakan program Fun Run dan Zumba Merdeka baru-baru ini.

Seramai 302 orang murid dan 34 guru beserta kakitangan SK (FELDA) Redong telah menyertainya. Selain itu, aktiviti itu turut dimeriahkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Kelab Zumba Felda Redong, Tabika Kemas Felda Redong, PDK Felda Redong, Ahli Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong dan juga ahli Kelab Seribu Langkah Felda Redong.

Ia adalah anjuran Unit Kokurikulum SK (FELDA) Redong dengan kerjasama panitia Sejarah.

Guru besarnya, Abdul Rahim Kasdi berkata, aktiviti itu perlu dijalankan supaya dapat merapatkan hubungan antara sekolah dan masyarakat tambah.

"Semua aktiviti berjalan dengan lancar dengan bantuan anggota Rela dan PIBG SK (FELDA) Redong yang sentiasa memastikan perjalan program sentiasa lancar.

"Selain itu, aktiviti sebegini turu memberi pengalaman kepada murid selain ia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada semua guru dan murid Tahun Enam yang telah tamat menduduki peperiksaan UPSR," katanya.

 

Kata Abdul Rahim lagi, sepanjang aktiviti Fun Run, murid perlu menyelesaikan beberapa tugasan yang diberikan agar mereka mempelajari sesuatu sepanjang aktiviti dijalankan.

"Jadi sedikit sebanyak murid dapat mempelajari dan mengamalkan aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah.

"Aktiviti yang dijalankan sangatlah meriah dan mendapat sokongan daripada semua penduduk setempat. Murid berlumba-lumba menghabiskan larian untuk mendapatkan medal yang telah disediakan oleh pihak sekolah," katanya.

Baca:

Murid tak datang duduk UPSR, cikgu ini nekad cari di rumah dan apa yang terjadi mengejutkan ramai

Projek baik pulih sekolah daif di Sarawak bermula sejak 5 Ogos

Sekolah di lapan daerah di Sarawak ditutup

Sarawak tunggu dana Persekutuan bagi latih 3,000 guru ajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris

'Rezeki dapat pindah' - Guru dari Sarawak kongsi berita gembira mengenai EGtukar