SELAIN Sains, Matematik atau subjek nombor merupakan antara subjek yang ditakuti ramai pelajar.

Lemah subjek ini bermaksud di sekolah atau dalam peperiksaan. Tidak ada kena mengena dengan perlu atau tidak perlu dalam kehidupan seharian.

Berikut lapan faktor kenapa pelajar corot subjek ini.

1. Tiada pendedahan awal

Pelajar yang tidak mendapat pendidikan nombor atau mengira dengan baik sebelum ke tadika atau sekolah biasanya mengalami masalah dalam mata pelajaran Matematik.

2. Tidak hafal sifir

Soalan darab telah diajar semenjak sekolah rendah bawah. Sepatutnya sudah hafal sifir sebelum masuk Tahun Empat. Tapi di Tingkatan Lima pun masih ramai yang tidak menghafal sifir.

3. Mesin (kalkulator) yang lebih banyak mencongak

Congak ialah ilmu mengira di dalam minda. Kurang mahir mencongak kerana kurang latihan. Ramai pelajar 6+4 masih menggunakan jari walaupun telah masuk ke sekolah menengah. Mujurlah ketika di Tingkatan Satu sudah boleh menggunakan kalkulator.

Banyak pelajar yang menyangka kalkulator mempercepatkan masa menjawab soalan peperiksaan. Ada pelajar sudah nak tamat SPM pun 6+2 pun pakai kalkulator. Sangkaan ini tidak benar. Soalan peperiksaan telah digubah supaya kebanyakannya dapat diselesaikan dengan lebih cepat jika kita tahu mencongak, menghafaz, memahami atau menulis dengan baik.

Pakar-pakar matematik seluruh dunia seperti Scott Flansburg (United States) dan West Wong (Malaysia) boleh mencongak dengan sangat pantas.

4. Tidak pernah mengaplikasikan Matematik dalam kehidupan seharian

Di gerai nasi lemak, makcik nasi lemak kirakan jumlah dan baki. Entah betul entah tidak kiraannya. Di kantin sekolah, kakak kaunter kirakan (mungkin tepat mungkin tak). Dapat duit raya, mak ayah atau bank kirakan. Jadi buat apa belajar Matematik? Sekurang-kurangnya biarlah mahir yang asas. Kerana asas ini akan digunakan kelak.

5. Tidak atau kurang memahami kerana malas berfikir

Untuk memahami kita perlu berfikir. Ramai orang malas berfikir, tidak bersungguh-sungguh dan cepat putus asa. Bagaimana nak tahu kita benar-benar faham atau tidak? Jika kita boleh buat soalan yang paling sukar sekalipun bermakna kita faham topik tersebut.

6. Terlalu banyak menyalin

Matematik perlukan banyak latihan bukan menyalin soalan. Cara yang paling baik ialah gunakan buku kerja (workbook).

Latihan dalam buku kerja dibahagikan kepada subtopik-subtopik. Terdapat contoh penyelesaian sebelum soalan pertama ditanya. Soalan-soalan ini kebanyakannya dibahagikan kepada kotak-kotak kecil. Ada ruang untuk menulis jawapan dalam kotak tersebut. Buku kerja yang baik mestilah mempunyai jawapan termasuk jalan kira.

Jika ingin jadi hebat dalam Matematik, buat sendiri latihan dalam buku kerja tersebut. Fikir sendiri bagaimana hendak selesaikan. Jangan minta sesiapa bantu. Ia boleh dilakukan kerana sudah terdapat contoh. Cuma perlu ikut contoh itu. Setelah selesai baru tengok jawapan. Kaji jawapan tersebut jika tidak dapat jawapan atau salah.

7. Tidak berlatih dengan masa

Sering kali pelajar merungut kerana “tak cukup masa”. Subjek apa? Ye betul. Subjek Matematik. Soalan 1 markah sampai 10 minit fikir. Biasakan diri dengan suasana peperiksaan. Kalau purata satu soalan ialah 60 saat, maka buat dalam 60 saat atau kurang. Jika tidak capai, cuba lagi sampai dapat.

8. Sediakan buku conteng kira-mengira

Di samping buku teks dan aktiviti, sediakan buku khusus untuk anak anda bebas mengira, berfikir, mencongak, mencatat pelbagai formula & melukis imaginasi sifir mengikut kreativiti masing-masing.

Lagi bagus kalau ada tulisan dan lukisan menggunakan pen atau pensel yang berwarna-warni.

Sumber: Telegram Sidiq Ad'din (Pakar Motivasi)

Artikel Menarik:

'Masak guna kayu api, tak pernah makan nasi' - Kisah guru jejaki kehidupan suku asli Dani, Yali

'Saya bukan seorang yang cemerlang ketika di bangku sekolah'

'Kerana cikgu, saya jadi anggota polis. Terima kasih cikgu' - Cikgu Farazi sebak

'Hormati mak ayah, kawal nafsu, kejar syurga' - Siapa jadi pelajar Cikgu Ven pasti dapat nota ini

'Saya bangun jam 4 pagi masak, lepas tu solat tahajud dan mengaji dengan nenek'