Almari berisi makanan atau lebih dikenali sebagai ‘Food Bank’ yang terletak di surau SMK Telok Gadong, Klang ini merupakan talian hayat dan sumber rezeki buat pelajar yang kurang berkemampuan di sekolah itu.  

Menurut Guru Pendidikan Islam dan Sejarah, Cikgu Abu Hanifah Jamil, idea ‘Food Bank’ tersebut dicetuskan oleh Pengetua sekolah itu, Cikgu Shokhimi Saman.

Antara barangan yang tersimpan di dalam food bank, dan bakal diagihkan kepada pelajar

Program yang merentasi semua kaun itu diwujudkan bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan khususnya barangan makanan asas.

Sumber kewangan untuk membeli stok-stok makanan tersebut juga dikumpul melalui sumbangan guru-guru SMK Telok Gadong, iaitu sebanyak RM8 sebulan.

Guru boleh memilih sekiranya sukarela membayar setahun penuh ataupun kutipan bulanan.

Ikuti perkongsian Cikgu Abu Hanifah Jamil tentang ‘Gerobok rezeki’nya ini.

….…….

Ini almari “Food Bank”. Tersergam indah betul-betul di luar surau SMK Telok Gadong, Klang

Almari ini adalah tempat simpanan stok makanan yang bakal diagihkan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan yang BENAR-BENAR memerlukan.

Perkataan ini yang guru sering tekankan dalam perhimpunan agar makanan ini disalurkan kepada yang layak.

Sekolah ibarat rumah kedua bagi para pelajar. Setiap pelajar yang hadir ke sekolah mempunyai pelbagai latar belakang keluarga yang berbeza. Ini hakikat yang tidak dapat dinafikan.

Barang-barang keperluan sudah sedia untuk diagihkan

Program Food Bank bermula pada Januari 2020, ia bermatlamat untuk menjaga kebajikan para pelajar. Program ini merentasi semua kaum.

Idea program Food Bank yang dicetuskan oleh Tuan Pengetua merupakan suatu usaha murni bagi membantu para pelajar yang kurang berkemampuan khususnya untuk membeli barangan makanan asas.

Program ini juga merupakan alternatif oleh para guru untuk menyalurkan sumbangan kepada para pelajar yang benar-benar layak menerima bantuan.

Wang untuk membeli stok-stok makanan dikumpul melalui sumbangan para guru iaitu sebanyak RM8 sebulan. Guru juga boleh memilih sekiranya sukarela membayar setahun penuh. Barangan yang terkumpul akan disusun di dalam almari khas yang berkunci.

Dalam menjayakan program Food Bank ini, guru-guru dipecahkan kepada beberapa pembahagian tugas antaranya bendahari kutipan wang, tugas merekod nama pelajar, tugas membeli barangan, tugas membungkus barangan, dan tugas pengagihan kepada pelajar.

Agihan barangan dijalankan sebanyak dua kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Jumaat di penghujung sesi persekolahan.

Minggu pertama pelancaran program menyaksikan sebanyak 20 pelajar yang hadir untuk menerima bantuan.

Alhamdulillah para guru seronok melihat pelajar tidak pulang dengan tangan kosong. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang selama ini berat ditanggung.

Tahniah kepada para guru yang menyumbang.

Tahniah kepada para guru yang menjayakan program ini.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian.

Kepada para pelajar, ingatlah jasa para gurumu. Jangan lupa doakan mereka sentiasa.

Semoga Sekolah Menengah Telok Gadong terus melangkah ke hadapan demi mendidik anak bangsa.

Artikel Menarik:

Patutlah hari persaraan dapat hadiah jongkong emas, bukan 'kaleng-kaleng' cikgu sukan ini

'Saya tak pernah makan ayam sesedap ini, cikgu' - Tangisan pelajar B40 buat ramai sedih

Tiga tahun pakai kasut koyak...cikgu ini sebak kenang nasib pelajar Tingkatan Dua

'Kami solat dhuha, cikgu' - Jawapan murid Tahun Tiga buat PK HEM terharu bercampur gembira