KLANG - Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Meru mencipta sejarah apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai barisan manusia menggosok gigi berirama paling ramai di Malaysia.

Pengiktirafan tersebut diperoleh selepas 2,098 murid tahun dua sehingga enam sekolah berkenaan berjaya memberus gigi secara berirama, diiringi lagu kartun popular ‘Doraemon’ 5 Julai lalu.

Murid sedang menggosok gigi mengikut irama.

Pengiktirafan tersebut disampaikan oleh wakil MBOR, Siti Hajar Johor, kepada Guru Besar SK Sungai Binjai, Cikgu Roslan Zakaria, dan disaksikan Timbalan Menteri kesihatan, Dr. Lee Boon Chye.

Terdahulu, Timbalan Menteri kesihatan, Dr. Lee Boon Chye telah merasmikan ‘Program Mencipta Rekod Barisan Manusia Menggosok Gigi Paling Ramai di Malaysia.’

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar dan juga Yang DiPertua PIBG, Jaya Kesuma Rusman.

Timbalan Menteri kesihatan, Dr. Lee Boon Chye merasmikan ‘Program Mencipta Rekod Barisan Manusia Menggosok Gigi Paling Ramai di Malaysia,’ disaksikan oleh Guru Besar, Cikgu Roslan Zakaria.

Program terbesar anjuran Kelab Doktor Muda, dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu mengambil hampir enam bulan sebelum dijayakan.

Guru Besar sekolah itu dalam ucapannya berkata, selain memberikan pendedahan kepada murid, tentang kepentingan kesihatan, program itu juga dilihat sebagai langkah mempromosikan Kelab Doktor Muda itu ke peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri kesihatan, Dr. Lee Boon Chye menandatangi sijil, sebagai simbolik pengikhtirafan oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

“Program ini adalah julung kali diadakan,ia juga merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh Pasukan Kelab Doktor Muda Sekolah dengan kerjasama agensi-agensi terlibat kepada golongan sasar iaitu pelajar dan orang ramai.

“Saya berharap, program ini mendapat kerjasama dan koordinasi daripada pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan,”katanya.

Guru Besar, Cikgu Roslan Zakaria bersama Timbalan Menteri kesihatan, Dr. Lee Boon Chye.

Sebahagian murid tahun empat yang menyertai program menggosok gigi berirama.

Lautan murid sedang menggosok gigi mengikut irama.

 

Sebagai murid yang memakai  baju bergambar gigi.

 Reaksi

“Program yang dirancangkan oleh Kelab Doktor Muda ni bertujuan untuk mempromosikan aktiviti kesihatan kepada warga SK Sg Binjai disamping untuk mempromosikan sekolah ke peringkat kebangsaan.  Murid-murid khususnya dapat mempraktikkan cara menggosok gigi dan menjaga kebersihan mulut dengan betul,” - Cikgu Zeti Inayah Abd Halim

“ Ia sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat, yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan terutamanya kesihatan gigi,” - Cikgu Nurul Idura Mohamed Razali.

Foto: Sarina Mohd Som / Ihsan KKM