JELI- Cuba mencari kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya, warga Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Bongor di sini memilih Kesultanan Melayu Melaka sebagai tema sambutan Hari Guru peringkat sekolah berkenaan di sini.

Guru Besar, Ezanee Mohd Said berkata, tema berkenaan diputuskan guru-guru seminggu sebelum sambutan Hari Guru berkenaan kerana ingin memberi gambaran lebih jelas kepada murid tentang pakaian pada zaman kesultanan berkenaan.

“Kalau sebelum ini mereka mungkin melihat dari buku sejarah atau drama Melayu lama di televisyen, tapi ini kita tampilkan gambaran sebenar yang lebih jelas.

“Ia secara tidak langsung memberi pengalaman dan pengetahuan baru buat murid di sini selain menjadi kenangan kepada guru,” katanya.

Ezanee berkata, pihaknya bertuah apabila semua pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) memberikan kerjasama baik dalam memastikan usaha mengetengahkan tema Kesultanan Melayu Melaka itu berjaya direalisasikan.

“Moga apa yang dilakukan ini memberi manfaat bersama baik kepada guru mahupun murid dan warga sekolah ini,” katanya.

Ezanee ditandu hulubang menuju ke singgahsana.

Artikel menarik:

Miskin bukan penghalang pelajar asnaf cemerlang UPSR

'Sporting' betul cikgu SK Nong Chik ni.. seronoklah murid tengok cikgu mereka dah bertukar karakter

Mulai tahun ini, kertas bahasa Inggeris PT3 dijajarkan dengan CEFR

SIC menang Anugerah Perak, Festival Orkestra Pop Patriotik 2019

Skuad Patrol Denggi SK Bandar Baru kempen guna slogan bahasa Perancis