TUMPAT - Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Pekan yang juga abang kepada Editor Bisnes Sinar Harian, Mohd Hanafiah Hashim menghembuskan nafas terakhirnya semalam akibat komplikasi jantung.

Mohd Hasmy, 56, meninggal dunia pada jam 3 petang di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)  Kubang Kerian, Kota Bharu.

Allahyarham dimasukkan ke wad sejak Julai lalu dalam keadaan koma selepas serangan jantung kali kedua.

Jenazah Mohd Hasmy dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Sungai Pinang hari ini.

Penolong Kanan Pentadbiran SK Kutan, Rohani Abdul Rahman berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat SK Pasir Pekan.

“Ketika di SK Pasir Pekan, saya pernah memangku jawatannya selama 45 hari apabila dia cuti sakit akibat serangan jantung,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Menarik:

'Canteknya' - Enam pelajar ini terkejut dapat pujian daripada Raja Permaisuri Agong

Berkat kegigihan tiga guru ini, pasukan bola dari sekolah di tengah belantara muncul juara MSSD

"Berehatlah muridku..."- Catatan hati guru arwah Mejar Zahir ini buat ramai sebak

Ramai meremang dengar suara merdu dua cikgu cantik dari Kuala Pilah ini