Dalam memantapkan kurikulum dan pedagogi untuk mendepani pendidikan abad ke-21, guru perlu sentiasa berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristic dan berfikiran aras tinggi serta mempunyai  “wold view” dan “world class thingking” yang jitu.

Dalam menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia guru merupakan agen penting dalam memperteguhkan peradaban bangsa melalui pendidikan.

Menerusi tranformasi pendidikan, peradaban bangsa boleh diperkukuhkan apabila guru melaksanakan peranan yang diamanahkan kepada mereka untuk menghasilkan modal insan yang berkemahiran lengkap dan menyeluruh, bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakal nasional dan internasional.

Berikut merupakan 21 sifat yang perlu ada dalam setiap diri guru:

  1. Guru memiliki ilmu tentang mata pelajaran atau perkara yang diajar. Ini bermakna seseorang guru itu perlu mengetahui tentang fakta, konsep, prinsip dan kemahiran yang berkaitan dengan perkara atau matapelajaran yang diajar.
  2. Guru aktif sebagai ahli profesional keguruan, membaca jurnal, berbincang dengan rakan sekerja, sentiasa mempertingkatkan  kemahiran di dalam metadologi dan pengetahuan tentang murid dan isi kandungan matapelajaran yang diajar.
  3. Guru memahami proses pembelajaran. Sebagai guru, murid akan dipastikan faham tentang matapelajaran yang diajar, harapan guru terhadap murid dan prosedur bilik darjah. Murid juga akan terbabit secara aktif dengan aktiviti pembelajaran dan guru memastikan murid dibimbing dan ditunjuk ajar dengan melakukan penilaian kefahaman.
  4. Guru berperanan sebagai ‘broker pendidikan’, mengetahui cara untuk mendapatkan maklumat tentang perkara yang diajar dan mengetahui sumber-sumber maklumat yang terbaik tentang matapelajaran tersebut.

  5. Guru mesti menunjukkan contoh teladan yang baik supaya menjadi role model atau ikutan murid.
  6. Guru mesti sanggup untuk berubah dan menerima segala perubahan.
  7. Guru mesti berlaku adil dan saksama terhadap muridnya tanpa mengambil kira soal jantina, bangsa, agama. Kewargenegaraan, status sosial dan perkara-perkara lain.
  8. Guru mesti melakukan persediaan untuk mengajar sama ada menulis persediaan mengajar atau menyediakan bahan bantu mengajar untuk aktiviti pembelajaran.
  9. Guru mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan.
  10. Guru berperanan sebagai pembuat keputusan yang berkesan.
  11. Guru sentiasa mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para muridnya.
  12. Guru mesti optimis terhadap pembelajaran setiap murid dan menyediakan persekitaran yang positif dan membina bagi aktiviti-aktiviti pembelajaran.

  13. Guru mesti yakin dengan kebolehan setiap seorang murid.
  14. Guru mempunyai kemahiran untuk melakukan tugas-tugas penilaian terhadap pembelajaran murid.
  15. Guru mempunyai kemahiran untuk bekerjasama dengan ibu bapa, rakan setugas, pihak pentadbir dan staf-staf lain di samping sentiasa mengamalkan etika profesioalisme perguruan.
  16. Guru sentiasa menunjukkan minat yang berterusan terhadap tanggungjawab profesionalisme perguruan.
  17. Guru menunjukkan minat yang meluas terhadap sebarang aktiviti yang ada kaitan dengan proses pembelajaran.
  18. Guru juga mesti pandai berjenaka tetapi tidak berlebihan supaya tidak menjatuhkan kewibawaan sebagai seorang guru.

  19. Guru mesti mahir mengenal pasti murid yang memerlukan perhatian khusus dalam pembelajaran.
  20. Guru mesti menunjukkan kepada murid bagaimana matapelajaran yang dipelajari boleh digunakan di dalam aspek kehidupan seharian.
  21. Guru mesti seorang yang boleh dipercayai.