“Ustaz, keputusan UPSR dah keluar, saya nak pergi temuduga untuk ke sekolah Tahfiz Ulul Albab… Tapi, susah sangatlah nak hafaz al-Quran. Ustaz ada tip mudah hafaz ke?”

Keputusan UPSR sudahpun keluar.

Adakah anda terfikir untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tahfiz Model UIul Albab? Namun mempunyai masalah untuk menghafaz al-Quran 30 juzuk?

Guru cemerlang tahfiz, SMK Agama Kedah, Ustaz Badrulhanif Sulaiman kongsi tip bagaimana untuk hafaz mudah dalam masa singkat, bagi calon yang akan menduduki temuduga Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) .

Mari kita cuba kaedah visual learning, kebiasaannya pelajar akan lebih mudah merakam ayat yang dibaca dengan berfokus.

Peranan mata, mulut dan otak akan saling bekerjasama pada peringkat awal pembikinan visual. Otak akan memaparkan gambaran yang telah direkodkan melalui pembacaan mulut dan penglihatan mata seperti yang diminta oleh otak.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Kamilin kongsi 6 sebab, anak perlu hafal al-Quran

Langkah pertama :

Buka halaman Mushaf al-Quran yang belum pernah anda hafaz, kemudian lihat pada potongan ayat dari baris yang pertama atau ayat yang pertama.

Langkah Kedua :

Baca ayat tersebut dengan memfokuskan setiap huruf serta tanda dengan terperinci secara melihat dan suara yang sederhana sehingga selesai ayat atau barisan tersebut.

Teruskan bacaan, dan fokus pada ayat tersebut sebanyak 10 kali.

Suka untuk ustaz ingatkan di sini, jangan sesekali mengalihkan tumpuan anda pada ayat lain. Cubaan menghafaz juga akan membuatkan anda gagal mengingat seandainya anda mengalihkan fokus bacaan pada ayat tersebut.

Langkah ketiga :

Fokus pada ayat, dan cuba tutup pandangan mata anda. Ketika itu pasti otak anda akan menghantar gambaran ayat yang telah anda ulang  baca secara berfokus tadi.

Kemudian baca kembali ayat tersebut berdasarkan gambaran yang telah direkodkan oleh otak anda. Sekiranya berlaku kekaburan pada gambaran, lihatlah kembali hanya pada ayat atau kalimah yang kabur itu.

Langkah Keempat :

Ulang Langkah yang sama untuk ayat seterusnya.

Menarikkan…. satu ayat tak sampai 1 minit… andai 30 minit agaknya dah berapa ayat ya yang anda dapat hafaz. Selamat mencuba…!

Artikel Menarik:

‘Fahami fungsi sebenar kalkulator’- Ini peringatan penting guru cemerlang Matematik buat calon SPM

‘Bayangkan wajah mak ayah, jika kegagalan yang kau cari…’ - Cikgu Razali

Cikgu SK Ulu Lemanak redah laluan balak 150km selamatkan murid dari jerebu teruk di Lubok Antu

10 Persediaan menjelang peperiksaan - Cikgu Razali kongsi rahsia

Sudah bersedia menghadapi SPM? Guru cemerlang ini kongsi rahsia lulus mudah subjek Matematik

Mahu murid menjadi lebih kreatif...ini ada 17 tip untuk guru-guru jadikan panduan