Menurut Ashley Brooks (2018), murid sekolah rendah mudah terganggu emosi, maka pemberian masa untuk rehat atau bermain (5 hingga 10 minit) dapat membantu mereka untuk terus fokus, meningkatkan kecekapan kerja dan mengurangkan tekanan.

Jika ingin mengambil contoh, murid sekolah rendah di Finland mempunyai masa rehat yang mencukupi iaitu hampir 75 minit sehari, sedangkan murid di negara ini diberi 30 minit sahaja (itu pun untuk makan pagi).

Murid di Finland akan mendapat rehat selama 15 minit selepas setiap kelas. Hal ini membolehkan murid di sana meningkatkan prestasi mereka sama ada dalam kurikulum ataupun kokurikulum (Sahlberg, 2015).

Persoalannya sekarang bagaimanakah pemberian masa rehat membolehkan prestasi atau penglibatan murid Finland dalam pembelajaran meningkat?

Ini kerana, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Ashley Brooks, 2018, murid – murid memerlukan sedikit masa untuk mencerna maklumat baru yang telah dipelajari yang akan digunakan di masa hadapan.

Gambar hiasan daripada Unsplash.

Sekiranya murid tidak berpeluang menyampaikan maklumat ini ke otaknya, maka ingatan akan terganggu. Kajian Silander et al. (2015) juga menyatakan bahawa amalan pemberian masa rehat jangka pendek dapat mengoptimumkan ingatan murid disebabkan otaknya diberi masa untuk menyimpan maklumat yang diterima.

Bila kita sudah baca sampai di sini, ramai guru akan mula berkata “itulah negara kita pun kena buat begitu. Tambahkan masa rehat.”

Cikgu! Sebenarnya kita pun diberi peluang untuk memberi masa rehat, bermain atau masa lapang kepada murid kita sendiri. Ya, sebelum mula kelas kita buat set induksi kan?

Dalam masa itu, kita boleh minta murid membuat senaman ringkas, terapi ketawa (ketawa tanpa apa-apa sebab) dan lain-lain lagi.

Kita juga boleh membuat amalan yang sama sebelum menghabiskan kelas kita. Kita pun boleh melahirkan murid yang berkualiti tanpa tekanan emosi seperti murid Finland.

Gambar hiasan daripada Unsplash.

Di sini, GPS Bestari kongsikan beberapa kaedah yang digunakan Cikgu Gopal untuk memanfaatkan masa rehat yang diberikan kepada murid.

1. Mengadakan slot pembentangan

Murid membuat pembentangan mengenai apa yang dipelajari

2. Gallery walk

Murid bergerak ke stesen-stesen yang disediakan untuk mengumpul maklumat

3. Penggunaan gamifikasi seperti main kad dan main lakonan

4. Terapi ketawa

Ketawa tanpa apa-apa sebab untuk melepaskan tekanan atau emosi murid

Penulis ialah Guru Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, Johor yang juga Guru Pemulihan ( Bahasa Melayu & Matematik)

Artikel menarik

'Kamu pakai dah cantik, tapi lagi cantik kalau pakai tudung sekolah. Kenapa tak pakai?'

Penggunaan kaedah model TGfU meningkatkan minat pelajar dalam pengajaran Pendidikan Jasmani