GURU Cemerlang Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak, Abdul Ghani Abu Bakar berkongsi sedikit tip dan teknik menguasai subjek Sejarah 2020.

Menurutnya, Sejarah merupakan subjek wajib lulus SPM pada tahun 2013. Maknanya kalau sejarah tak lulus, maka gagallah SPM.

"Tetapi, ramai pelajar yang tidak menggemari subjek sejarah. Betul tak? Cikgu pun dulu masa SRP paling tak suka Sejarah tapi bila naik sahaja Tingkatan Empat dan ambik STPM, subjek sejarah ialah antara subjek yang cikgu paling minat," katanya menerusi posting di laman facebook Abdul Ghani, baru-baru ini.

Beliau berkata, Sejarah SPM mempunyai Kertas 2 iaitu yang mengandungi soalan struktur dan juga soalan esei. Kelebihan soalan struktur dan esei ni ialah kita boleh menulis ikut pengetahuan sejarah kita...untung bagi yang minat membaca.

Ingat, Kertas 2 jangan hantar kertas 0...bagi calon lemah kuasai beberapa topik khususnya tema 12 (satu soalan wajib) + tema 9 (sekurang-kurangnya satu soalan di situ).

Jika Kertas 1 yang menggunakan soalan objektif, ia agak susah kerana jika kita salah pilih, maka salahlah soalan itu. Kertas 2 selagi jawapan itu betul dapatlah markah khususnya soalan Ceraian C (munasabah).

Kertas 3 adalah kertas yang akan banyak membantu untuk pelajar kuasai Sejarah. Kertas 2 saja yang memerlukan pemahaman lebih dalam subjek Sejarah (kurang membaca jangan harap nak dapat result yang baik). Kertas 1 pun sama, soalan objektif (kertas yang paling disukai oleh pelajar kelas belakang) sebab apa? Dalam lima minit dah siap.

Jadi macam mana nak kuasai Sejarah bagi SPM...

Ini antaranya...

1) Baca dan cari buku nota sejarah yang ada peta minda / ithink / gambar. Yang berwarna lagi bagus. Tengok soalan tengok jawapan (rujuk cikgu Sejarah...masa masih ada).

2) Bentuk soalan dan pengulangan soalan Kertas 1 kerap berlaku. Banyak cara untuk menjawab Kertas 1. Ada yang menjawab secara istiqamah satu-satu soalan, jawab dengan merujuk buku teks, gunakan higlighter pen untuk tanda jawapan, tulis short note di tepi soalan...terpulang pada kreativiti pelajar.

Pada cikgu, teknik yang terbaik gunakan pen warna dan tulis maklumat di tepi soalan...ini yang diajar oleh guru Sejarah cikgu dan cikgu menggunakan teknik ini ketika mengulang kaji Sejarah (mungkin sesuai pada pelajar cemerlang).

3) Cari dan tonton video-video yang berkaitan dengan Sejarah terutamanya Sejarah Malaysia. Video-video tersebut pelajar boleh cari di alam maya ini. Melalui video, ni sebenarnya lebih faham daripada hanya baca dalam buku. (pelajar kelas belakang yang baru nak mula cukup sesuai gunakan teknik video sebab boleh cari dengan telefon).

4) Fahami kaedah dan bentuk jawapan Kertas 2 dan 3 sekarang. Sudah kurang soalan yang direct sekarang. Soalan hari ini walaupun fakta memerlukan pelajar baca, garis dan faham dulu baru jawab. (biasakan buat rangka jawapan dalam menjawab soalan ini. Rubrik penskoran (Fakta + huraian dan contoh serta infrence) perlu dilatih berulang kali dan bukan hanya menjelang peperiksaan.

5) Pengetahuan sedia dengan banyakkan membaca dan memahami isu semasa dan sejarah sangat penting untuk menjawab soalan KBAT (lihat soalan 10 & 11 serta Ceraian C). KBAT ni perlu dilatih supaya pelajar dapat faham cara menjawab dan tak menghantar kertas 0 saja semasa peperiksaan SPM nanti.

Sebenarnya subjek Sejarah ini kita kena faham. Kalau kita tak faham, habislah kita. Soalan SPM sekarang banyak soalan KBAT + fakta dalam Kertas 2. Jadi kita hendaklah faham dalam sesuatu topik.

Sumber: Facebook Abdul Ghani

- Abdul Ghani Abu Bakar merupakan Guru Cemerlang Sejarah SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak

Tip Menarik:

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020

Cikgu ini kongsi cara hafal sifir dalam masa sehari - Murid-murid pasti dapat skor Matematik nanti

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020