FRANKFORT - Pengorbanan seorang guru di Amerika Syarikat (AS) sememangnya menyentuh hati dan memberi inspirasi kepada masyarakat.

Jim Freeman di Kentucky sanggup mendukung muridnya yang mengalami kecacatan fizikal  kerana tidak mahu dia terlepas lawatan sekolah di Falls of the Ohio State Park berhampiran sempadan Indiana dan Kentucky pada 20 September lalu.

Menurut ibu kanak-kanak itu, Shelly King, dia mula merancang  ‘Pelan B’ untukanaknya berikutan aktiviti mendaki tersebut agak sukar kerana kanak-kanak berusia 10 tahun itu terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda kerana masalah spina bifida (tulang belakang terbelah) yang dialaminya sejak lahir.

“Saya mula merancang lawatan alternatif untuk Ryan  sehinggalah gurunya, Freeman menawarkan bantuan untuk  membawanya supaya dia dapat menyertai rakan sekelasnya di Tully Elementary School,” kata King.

Menerusi beberapa keping gambar, Freeman dilihat mendukung  Ryan di belakangnya sepanjang aktiviti di tebing  sungai, taman negara dan kawasan fosil berusia 390 juta tahun.

Jelas King, dia sangat terharu dengan pengorbanan  guru tersebut yang enggan  anaknya berasa tersisih dan terlepas lawatan itu. - Agensi

Artikel Menarik:

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Guru cemerlang ini kongsi tip lulus temuduga Tahfiz Model Ulul Albab

Tiga kantin sekolah ini menjadi sebutan hingga ke peringkat KPM, patutlah mereka menang anugerah

'Sikap Aiman hanya satu dalam seribu' - Guru luah rasa sebak bila Aiman buat ini padanya

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau