DENGAN rasminya Google Classroom telah menjadi pelantar pembelajaran menggantikan Frog VLE.

Umum mengetahui Google Classroom adalah satu aplikasi untuk pendidikan oleh Google yang mesra pengguna dan ringan.

Namun masih ada sesetengah pelajar dan ibu bapa yang belum dapat akses ke Google Classroom tersebut.

Tak mengapa, masih belum terlambat untuk ibu bapa belajar langkah mudah ini.

Jom tengok perkongsian 'step by step' cara masuk Google Classroom oleh guru bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan (SK) Manjoi Satu, Ipoh, Nurul Ain Jamalluddin Al Amini.

atau boleh klik di sini: https://youtu.be/m0CBg8alims

+++

Memandangkan Guru Besar nak guru-guru memperkasakan penggunaan GC pada murid-murid, aku buat lah video khas tutorial 'LOGIN GOOGLE CLASSROOM SEBAGAI MURID'.

Aku rasa guru-guru dah takde hal dah nak login and set assisgnment guna GC. Banyak dah bengkel, webinar, Ladap, dsb. diberi khas untuk guru-guru.

Tetapi untuk parents dan anak murid, agak kurang... Mesti ada di antara mereka yang tak tahu cara log in, mana nak klik, macam mana nak buat itu ini...

So, alang-alang semalam tunjuk tutorial kat murid kelas aku, tak salah guna pakai video yang sama untuk dikongsi pada anak-anak murid yang masih tak tahu nak log in.

Parents pun boleh rujuk untuk login acc anak2. Anak2 pun boleh tengok sendiri, mudah aje....

Moga bermanfaat,

❤️ Miss Ain ❤️

Artikel menarik:

'Saya buat cara old school. Guna Whatsapp aje' - Guru lain boleh ikut cara Cikgu Ain tak pening

Patutlah ramai cikgu buat Google Classroom...rupa-rupa ini faktornya

11 nota asas Matematik yang wajib dan sepatutnya murid tahap dua kuasai

Mudahnya tanda jawapan murid di telefon, ini kaedahnya yang boleh cikgu cuba