Alat bantu mengajar (ABM) merupakan alat yang sangat berguna kepada guru semasa mengajar. Selain memudahkan pelajar memahami sesuatu mata pelajaran, ABM juga dapat membantu guru menyampaikan pengajarannya dengan mudah. Alatan mengajar itu tidak terhad kepada buku teks dan papan tulis sahaja, sebaliknya ia merangkumi segala benda yang digunakan oleh guru ketika mengajar.

Seperti mana yang dilakukan oleh guru subjek Matematik dan  Matematik Tambahan dari MRSM Mersing ini.  Hasil kreativitinya telah menghasilkan alat bantu mengajar (ABM) khas buat semua guru Matematik di Malaysia.

Ikuti perkongsian Cikgu Nizam Ismail ini.

Caranya sama seperti permainan ‘gamecard’ seperti ‘donkey,’ ‘uno’ dan ‘oldmaid’ yang berada di pasaran. Cuma pengisian yang dibawa oleh guru ini lebih kepada tajuk-tajuk silibus KSSM  tingkatan 1 hingga 5.

Tajuk yang dipilih adalah daripada setiap tingkatan ( lima set permainan kad )

F1:  Muat turun rational number

F2:  Muat turun factorization

F3:  Muat turun indices

F4: Muat turun log

F5: Muat turun matrices

Peraturan permainan, anda boleh muat turun PDF Peraturan Gamecard

Cara bermain adalah seperti berikut:

Tiada limitasi umur kerana ABM ini adalah satu permainan kad seperti permainan kad yang berada di pasaran. Ia secara tidak langsung, memberi peluang pelajar tingkatan satu, dua dan tiga mengetahui lebih awal mengenai subjek Matematik tingkatan empat dan lima. Tujuan ABM ini sangat ringkas, untuk menarik minat para pelajar terhadap Matematik pada usia yang lebih awal, serta  mengubah persepsi mereka terhadap mata pelajaran Matematik di sekolah.

Disertakan juga:

1) PDF permainan kad (supaya guru-guru boleh print flipcard di mana-mana kedai printing yang berdekatan)

2) Peraturan permainan (file word & video ada diberikan contoh)

3) Jika ada sebarang pertanyaan, boleh emelkan soalan anda ke [email protected]

Tip lain:

Cikgu Tan kongsi teknik TKS, menulis esei 'Pendahuluan' mantap subjek Bahasa Melayu SPM

Guru Cemerlang kongsi empat tip mudah skor subjek Matematik SPM

Cikgu Rosle kongsi 10 tajuk ramalan Sejarah SPM bagi tingkatan empat. Dah boleh hafal sekarang!