SHAH ALAM - Melangkah ke bilik sukan Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 17, anda bagaikan berada di sebuah kafe sukan di luar negara.

Berkonsepkan ala Scandinavian susun atur yang kemas dan ruang selesa dengan setiap sudut menarik perhatian bagaikan mengheret perasaan seakan tidak mahu keluar dari bilik yang dahulunya sebuah stor.

Tidak harianlah SK Seksyen 17 dinobat Johan Keseluruhan kategori Sekolah Rendah bagi Anugerah Pengurusan Bilik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan (PJPK) Terbilang, sempena Majlis Anugerah Kualiti 2018 PPD Petaling Perdana.

Pandangan hadapan bilik sukan yang menarik perhatian seluruh warga sekolah.

Setiausaha Sukan, Cikgu Mohd Hisyam Ishak berkata, idea mengubahsuai stor kepada kafe sukan ala Scandinavian adalah cetusan ilham daripada permuafakatan guru.

"Saya pun tak percaya boleh hasilkan ruang sebegini, namun hasil kreativiti dan lontaran idea rakan guru, bilik sukan yang sudah berusia puluhan tahun dahulunya dalam keadaan kurang kondusif untuk digunakan dan dijadikan stor penyimpanan pelbagai barangan, kini sudahpun berubah wajah.

"Hasrat untuk ubahsuai dah lama, kami berbincang beberapa kali dan alhamdulillah, kami capai kata sepakat dan masing-masing bekerjasama menyumbang masa, wang dan sebagainya demi mencapai apa yang diinginkan. Dan inilah hasilnya,” ujarnya.

Menurut Cikgu Mohd Hisyam yang juga Ketua Panitia Pendidikan Jasmani, faktor yang membuatkan mereka mengubah bilik sukan kerana mahu mengubah mentaliti seluruh pendidik tentang bilik tersebut.

“Jika sebelum ini disebut stor sukan, sudah pasti telah tergambar dalam fikiran kita bentuk dan keadaan di dalamnya.  

“Hasil inisiatif beberapa guru Pendidikan Jasmani yang mahu menghasilkan sebuah bilik yang selesa dan moden, suatu usaha digerakkan dengan mencari penaja dan proses permuafakatan idea yang mahu sesuatu baharu berteraskan pemikiran di luar kotak maka terhasillah sebuah bilik sukan yang berkonsepkan sebuah kafe sukan,” jelas beliau.

Cikgu Mohd Hisyam

Cikgu Mohd Hisyam berkata, hiasan dalaman bilik sukan dilakukan selepas melakukan inovasi peralatan sedia ada yang mana mengambil kira kekangan faktor kewangan dan kebolehan yang sedia ada.

“Kami memilih konsep Scandinavian untuk susun atur ruang rehat guru dan ruang bacaan manakala susun atur rak barangan, kaunter pinjaman alatan pula kami hasilkan sendiri menggunakan kayu palet yang belum diproses kerana kosnya lebih murah.

“Guru Pendidikan Jasmani telah bekerjasama dan bergotong-royong untuk memberikan hasil yang terbaik.

“Anggaran kos keseluruhan untuk menghasilkan bilik sukan berkonsepkan kafe ini lebih kurang RM600 yang mana lebih separuh kos daripada tajaan dan selebihnya guru-guru yang bermurah hari menyumbangkan atas dasar kecintaan kepada profesionalisme,” ujarnya.

Bilik sukan SK Seksyen 17 juga mempunyai peralatan sukan yang sama dengan sekolah lain, iaitu  bola, skital, trampolin, tilam dan lain-lain lagi.

Menurut Cikgu Hisyam, untuk menggunakan peralatan tersebut, setiap guru mata pelajaran perlu mengisi buku rekod keluar masuk dan pinjaman alatan.

"Alatan yang diperoleh dari peruntukan panitia akan direkodkan dan diperiksa dahulu sebelum digunakan manakala alatan yang lusuh atau rosak akan disisihkan dan dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya.

Dalam pada itu, Guru Besar, Mohd Misbah Ajir dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Airulnizam Ab Rasid memberi sokongan padu dengan apa yang mereka lakukan.

"Tanpa sokongan mereka, kami mungkin tak dapat membina bilik sukan yang begini,” katanya.

Bilik sukan SK Seksyen 17 yang berkonsepkan kafe sukan ala Scandinavian yang pertama di Selangor.

Terkejut menang johan

Menurut Cikgu Mohd Hisyam, disebabkan dekorasi yang berbeza, menarik dan kemas, bilik sukan SK Seksyen 17 itu dinobatkan Johan Keseluruhan kategori Sekolah Rendah bagi Anugerah  Pengurusan Bilik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan (PJPK) Terbilang, sempena Majlis Anugerah Kualiti 2018 PPD Petaling Perdana, baru-baru ini.

“Saya sangat terkejut dan bagaikan tak percaya dengan kemenangan sebagai Johan Keseluruhan kategori Sekolah Rendah bagi Anugerah  Pengurusan Bilik PJPK Terbilang .

"Kami sangat gembira dengan pengiktirafan ini... hasil penat lelah guru selama ini berbaloi," katanya.

Katanya, pihak juri menyatakan belum ada bilik sukan di Daerah Petaling Perdana malahan di Selangor sekalipun yang mempunyai konsep seperti yang sekolah itu hasilkan.

“Dari hasil dapatan juri, mereka menyatakan apabila menjejak kaki ke dalam bilik sukan ini seolah-olah sedang berada di kafe dan sangat selesa untuk digunakan.

“Penilaian juri berdasarkan aspek pengurusan sukan seperti fail sukan, iventori, susun atur alatan, pelan laluan kecemasan, buku penggunaan alatan dan beberapa lagi yang terkandung di dalam instrumen penilaian Pemantau Bilik Sukan Terbilang PPD Petaling Perdana,” katanya.

Cikgu Mohd Hisyam (baris kedua, kanan), Airulnizam (baris kedua, kiri) bersama lima pengawas sukan Tahun Enam meraikan kemenangan setelah dinobatkan Johan Keseluruhan, baru-baru ini.

Sudut inovasi di bilik sukan sekolah ini.

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.929001.1566526363!/image/image.jpg

Sudut informasi Sukan dan Pendidikan Jasmani

Tip Menarik: 

Cikgu Fadli sebak pesan pada ibu bapa buat ini jika anak 'exam'

14 pesanan untuk calon UPSR yang akan menduduki peperiksaan esok - Tidur dan rehat dengan cukup

11 tip 'awesome' hadapi peperiksaan...sangat berguna untuk calon yang akan duduki UPSR esok

Guru ini kongsi 10 panduan skor A subjek bahasa Melayu UPSR

UPSR: Ustaz Hasrul anjur baca dua surah ini, buat anak yang sedang menghadapi peperiksaan