UPSR semakin hampir, calon-calon sudah bersedia menghadapi peperiksaan besar itu nanti? Bagaimana pula dengan ulangkaji subjek penting UPSR? Selain bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains, bahasa Melayu tidak kurang pentingnya.

Ramai yang memandang enteng dan kurang fokus kepada subjek ini. Alasan yang sering diberikan oleh sesetengah calon, bahasa Melayu mudah... hari-hari kita bertutur dalam bahasa Melayu.

Sedangkan, subjek bahasa Melayu juga sama dengan subjek lain, memerlukan ulangkaji dan latihan. Calon yang dapat memahami kehendak soalan, akan berjaya menjawab soalan dengan baik.

Untuk skor A subjek bahasa Melayu, Guru Bahasa Melayu Kelas 6 Zamrud, Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Changlun,  Cikgu Zaitun Baharum gariskan 10 panduan yang boleh diikuti.

Skor A bahasa Melayu

1. Teliti dan fahami, garis kata kunci soalan yang dikemukakan.

2. Rajin membaca bahan-bahan yang bercorak ilmiah bagi meningkatkan kosa  kata dalam penulisan karangan.

3. Jadikan Kamus Dewan sebagai rujukan utama bagi mengatasi kekeliruan bahasa.

4. Membuat latih tubi soalan-soalan di rumah dan meminta guru membuat semakan.

5. Sentiasa berbincang dengan guru permasalahan yang wujud.

6. Jawap soalan mengikut apa yang diminta bukannya apa yang kita tahu.

7. Jawapan yang diberikan perlulah mengikut agihan markah.

8. Adakan kumpulan "study group" bagi membincangkan tajuk karangan.

9. Perlu cakna dalam perkembangan bahasa.

10. Sentiasa berdoa dalam setiap solat agar diberikan kemudahan dalam menzahirkan idea yang bernas dalam menjawab soalan yang dikemukakan.

Selamat berjaya

TIP MENARIK:

UPSR dah dekat - Ini kami kongsi 10 tip skor A Sains UPSR

Tip skor A Matematik UPSR - Mak ayah wajib ambil tahu perkara ini

Lima tip penting buat calon yang mahu skor cemerlang Matematik UPSR

Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam kongsi tip mudah lulus Sains (MULUS) UPSR

Guru ini kongsi tip mudah skor A subjek Bahasa Inggeris UPSR