Berpeluang menyertai pertandingan Program Literasi Maklumat dan Khidmat Masyarakat kali ke-29 adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh Guru Pusat Sumber dan Media, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 9 (2), Nurafidah Mohd Khalid.

Pertandingan anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dengan kerjasama Sunway Berhad itu dianggap eksklusif kerana diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 29 Februari lalu.

Cikgu Nurafidah berkata, hanya sekolah terpilih sahaja yang boleh menyertai pertandingan itu atau dijemput ke bangunan yang menyimpan hadiah pernah disumbangkan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan bahan sejarah Malaysia.

"Ketika saya di sekolah lama, iaitu SMK Shah Bandar, Klang, kami ada menerima jemputan untuk membuat lawatan ke Yayasan Kepimpinan Perdana dan biasanya sekolah yang ramai golongan B40 akan menerima jemputan ini.

"Kali ini, saya teruja kerana SMK Putrajaya Presint 9 (2) dapat ke sana, walaupun sekolah ini terletak di Putrajaya tetapi pelajar kami ramai terdiri daripada golongan penerima bantuan asnaf," katanya.

Cikgu Nurafidah (tengah) bersama pelajar teruja sebaik tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Menurut beliau lagi, tujuan pertandingan tersebut diadakan agar dapat memperluaskan pengetahuan pelajar dalam proses pencarian maklumat, meningkatkan keyakinan diri dan kepemimpinan dalam kalangan pelajar.

Selain SMK Putrajaya Presit 9 (2), SMK Bandar Sunway, Petaling Jaya Selangor turut menyertai pertandingan ini yang kesemuanya membabitkan 80 pelajar.

Pertandingan Program Literasi Maklumat dan Khidmat Masyarakat ini memerlukan pelajar mencari maklumat dan membuat pembentangan dalam bahasa Inggeris.

Pelajar dibahagikan 14 kumpulan dan mereka diberi tajuk tertentu seperti Pembentukan Malaysia, Pendudukan Jepun, Kesan Pendudukan Inggeris dan Tokoh Pejuang Tanah Melayu.

Menurut Cikgu Nurafidah, pelajar akan mencari bahan sama ada melalui internet ataupun bahan sejarah yang ada di Yayasan Kepimpinan Perdana berkenaan.

Lebih mengujakan apabila peserta pertandingan itu menerima sijil yang ditandatangani Tun M pada hari terakhir menjadi Perdana Menteri Interim.

Pada pertandingan itu pencapaian kedua-dua sekolah adalah seri dan peserta menerima hamper dan sijil.

Cikgu Nurafidah (kanan) bersama pelajar ketika dalam perjalanan ke Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Pelajar Tingkatan Dua, Fareesha Nur Aqilah Saiful Anuar (tengah) bersama dua rakan gembira dapat menyertai Program Literasi Maklumat dan Khidmat Masyarakat kali ke-29.

Pelajar Tingkatan Dua, Nur Ain Maisarah Abd Halim mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan di internet.

Kakitangan Sunway Berhad meninjau pelajar SMK Putrajaya Presint 9 (2) menyiapkan tugasan.

Pelajar SMK Putrajaya Presint 9 (2) dari Kumpulan Empat sedang menyiapkan tugasan.

Kumpulan pelajar SMK Putrajaya Presint 9 (2) mengadakan perbincangan untuk menyiapkan tugasan.

Dua pelajar ini berbincang mengenai maklumat yang mereka peroleh.

Salah satu kumpulan pelajar SMK Putrajaya Presint 9 (2) sedang mencari maklumat berkenaan tajuk tugasan.

Bertungkus lumus menyiapkan tugasan untuk dibentangkan di hadapan juri.

Pelajar SMK Putrajaya Presint 9 (2) mencari maklumat untuk tugasan yang diberikan.

Cikgu Nurafidah (tengah) dan Guru Pusat Sumber dan Media, SK Titingan, Sabah, Prasad Ridwan, (berdiri, empat dari kiri) dengan pelajar SMK Putrajaya Presint 9 (2) merakam kenangan bersama gambar Tun M dan Tun Siti Hasmah.

Cikgu Nurafidah (berdiri, tiga dari kanan) bersama pelajar di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Sesi pembentangan oleh pelajar SMK Putrajaya Presint 9 (2).

Pelajar Tingkatan Satu, Aimi Nashrah Rosli ini membantu rakan ketika sesi pembentangan.

Keadaan dalam dewan ketika sesi pembentangan.

Cikgu Nurafidah (kiri) menerima cenderamata daripada Zarina.

Cikgu Nurafidah (kanan) bersama Zarina di tangga yang menuju ke pejabat Tun M di tingkat atas.

Sijil yang diterima Cikgu Nurafidah pada hari terakhir Tun M menjadi Perdana Menteri Interim.

Cenderamata berupa gambar Perdana Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diberikan kepada kedua-dua sekolah yang menyertai Program Literasi Maklumat dan Khidmat Masyarakat kali ke-29.

Cenderamata yang diberikan Yayasan Kepimpinan Perdana kepada SMK Putrajaya Presint 9 (2).

Antara keratan akhbar yang dipamerkan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Tulisan tangan Tun M yang terdapat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.