SHAH ALAM - Berikutan kemalangan yang menimpa dua beradik Sabtu lalu, guru Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan (SK) Kuang, Siti Halifah Hasan mohon warganet doakan kesembuhan untuk dua murid itu.

Cikgu Siti Halifah berkata sekolahnya juga ada melancarkan tabung sumbangan untuk dua beradik tersebut hari ini.

"Mohon doa daripada rakan-rakan dan semua agar diberi kesembuhan kepada anak murid saya yang ditimpa kemalangan Sabtu lalu.

"Anak ini kehilangan ibu bapa dan dua orang adik dalam kemalangan tersebut... Mudah-mudahan ada di antara doa kalian di angkat oleh Allah untuk diberi kesembuhan kepada anak yatim piatu ini," katanya.

Dalam kemalangan itu. hanya murid ini Nur Fathiyah Nasrul Fakhri,8, dan abangnya Muhammad Haziq Nasrul Fakhri, 10, yang terselamat.

"Saya pernah mengajar dua beradik ni tahun lepas... masa itu abangnya di tahun tiga dan adik di tahun satu.

"Dua beradik ini perwatakannya sangat baik dalam kelas, patuh, serta pendiam," ujarnya.

Semalam, Sinar Harian dan GPSBestari melaporkan kemalangan maut di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Sungai Ruan, Raub, awal pagi Sabtu lalu.

 

[BERITA AWAL: 'Mana ma dan abah?' - Murid SK Kuang ini tak tahu ibu ayah dan dua adik meninggal (8 foto)]

ARTIKEL LAIN:

'Mana ma dan abah?' - Murid SK Kuang ini tak tahu ibu ayah dan dua adik meninggal (8 foto)

Tular kisah Ibu bapa Cina hantar anak ke tahfiz, ini cerita sebenar Mike ketika sekolah

Calon lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020 boleh buat semakan 12 tengahari, hari ini

Cikgu Nan tak sangka dapat hadiah Hari Guru daripada artis - Terbaiklah cikgu!