Seronok yang mendalam untuk menjadi seorang guru telah tersemai dijiwa bonda sejak daripada kecil lagi.

Ketika di tingkatan satu, bonda mula berjinak menjadi guru dengan memberikan bimbingan melalui kelas tambahan kepada dua orang anak guru besar yang bersekolah di sekolah rendah.

Itulah anugerah ALLAH yang tidak ternilai diberikan kepada bonda iaitu seronok mengajar.

Rasa seronok itu, bonda terjemahkan dalam profesion perguruan sehingga hari ini menjangkau 34 tahun dalam dunia pendidikan.

Dalam profesion perguruan kita perlu mempunyai jiwa dan minda pendidik bagi melahirkan insan seimbang untuk mewarnai generasi akan datang seiring dengan kehebatan Industri 4.0.

Guru merupakan karakter membangunkan bangsa. Justeru,  berperanan sebagai ibu bapa dalam mendidik anak murid menjadi anak yang soleh dan solehah.

Memberi didikan awal kepada anak–anak, mereka akan menjadi orang yang soleh dan seterusnya mendoakan kesejahteraan kita sama ada kita masih hidup ataupun telah pergi meninggalkan dunia.

Murid-murid bonda mempunyai matlamat untuk ke sekolah iaitu belajar, sayang guru, sayang sekolah dan mencipta legasi kejayaan.

Apabila nilai-nilai ini dijadikan pedoman, ikutan dan diserapkan ke dalam proses ilmu dan kurikulum pasti akan mengukuhkan lagi jati diri, ilmu dan sahsiah diri seseorang.

Dalam mengharungi cabaran hari ini, kita perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan dan pembugaran dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang berterusan.

Dasar dan strategi yang telah terbukti berjaya pada masa lampau, tidak semestinya berkesan untuk masa kini dan masa hadapan.

Sistem pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman.

Kita menjalankan tugas dengan niat yang betul, dilaksanakan mengikut tatacara dan prosedur yang telah diberi garis panduannya, tugas yang dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh serta mempunyai matlamat untuk mencapai keberhasilan yang berimpak tinggi dan boleh dimanfaatkan oleh semua.

Guru perlu melihat kehadapan dengan pandangan dan paradigma yang baharu iaitu Pendidikan dalam era global.

Menjadikan kerjaya sebagai ibadah dan menjalankan tugas sebagai amanah, menyusun dan mengaplikasikan strategi berdasarkan kekuatan sekolah dan berusaha ke arah mewujudkan sekolah yang berkualiti dan murid yang berjaya dalam semua bidang, melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berdaya saing.

Bibi Sakinah Haron Khan

Guru Besar SK Laksamana

Kota Tinggi, Johor

Artikel Menarik:

'Kerana sering gatal kepala, Cikgu Aisham nekad kutip kutu murid. Buang tepi jijik, kotor, geli'

'Cutipun murid datang sekolah' - Rimba Kecil berjaya selesaikan masalah kehadiran SK Sayong Pinang

'Tak sangka dia boleh lukis macam ni' - Guru Bahasa Melayu terkejut tengok buku karangan pelajar

Patutlah hari persaraan dapat hadiah jongkong emas, bukan 'kaleng-kaleng' cikgu sukan ini

'Saya tak pernah makan ayam sesedap ini, cikgu' - Tangisan pelajar B40 buat ramai sedih