GENTING HIGHLANDS - Guru dan pemimpin pendidikan hendaklah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran Kemeruapan (Volatility), Ketidakpastian (Uncertainty), Kerumitan (Complexity) dan Kekaburan (VUCA) di dunia yang kita lalui hari ini.

Menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, mereka perlu terlebih dahulu menetapkan minda, mencakupi keupayaan masing-masing dan menyiapkan diri bagi mengharungi ciri-ciri persekitaran yang terus berubah oleh VUCA

"Dalam dunia VUCA, guru perlu mengharungi banyak halangan dan memastikan unit sekolah itu teratur dan optimis dalam penghasilan pembelajaran pelajar.

"Guru perlu setiap masa ke hadapan seperti memahami terma teknologi bagi memastikan kita melahirkan pelajar yang berbakat dengan kemahiran yang boleh dipasarkan,” katanya.

Beliau berkata dalam ucapannya semasa melancarkan Persidangan Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Antarabangsa (ICELAM) yang pertama, di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah IAB, Dr Mehander Singh Nahar Singh dan Timbalan Ketua Pengarah (sektor operasi sekolah) Kementerian Pendidikan, Dr Ahmad Rafee Che Kassim.

Persidangan tiga hari itu bertemakan "Leading Schools in a VUCA World" mengusahakan orientasi baru dan pendekatan segar dalam sistem pendidikan bagi menyediakan pelajar dalam menghadapi cabaran dunia moden.

Maszlee menjelaskan lagi cara lain untuk melengkapkan pelajar bagi berhadapan dengan Dunia VUCA ialah dengan mengukuhkan interaksi guru-pelajar.

"Kadangkala kita perlu berfikir apa yang disukai kanak-kanak, bukannya apa yang kita fikir mereka suka.

"Ini yang saya hasratkan apabila memperkenalkan program sarapan pagi percuma agar guru meluangkan masa bersama pelajar dan berbicara dengan pelajar masing-masing semasa bersarapan,” katanya. - Bernama

[ARTIKEL BERKAITAN: Maszlee mahu Raatchasi jadi aspirasi kepada pendidik]

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Jika tahu ada pengetua, guru besar atau guru yang hebat kongsi dengan kami' - Maszlee]

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Cikgu Geeta makan bersama anak murid, saya juga galakkan ini dilakukan oleh guru kita' - Maszlee]

Artikel lain:

Empat sebab Dr Maszlee menangis - Bimbang ada pegawai tak sehaluan dengan aspirasi yang ditonjolkan

'Kepada rakan saya di KPM, jangan gagalkan anak-anak kita' - Maszlee

'Tak jadi marah bila tengok tulisan murid Tahun Enam' - Cikgu Norashikin dedah siapa pemiliknya

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau

'Tetap serius dan tegas ketika mengajar walaupun berwajah 'baby face' - Cikgu Ian Francis Manga