Pelbagai usaha telah dilakukan oleh ramai pendidik untuk menyuburkan budaya membaca dalam kalangan murid di sekolah. Selain mengadakan pertandingan di sekolah, penganjuran program ‘Nilam’ juga dikatakan dapat menggalakkan murid membaca buku. Bagi menggalas tanggungjawab besar untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat khususnya murid, guru dari SK Taman Cuepacs, Cikgu Asfa dan Cikgu Fadzilah Shoib Dilla berkongsi kelainannya.

Sediakan hadiah dan token

“Galakkan murid membaca, tulis dalam buku Nilam dan tebus token. Murid-murid sangat suka membaca sekarang. Walaupun hadiah murah (dari kedai eco je). Memang ramai murid akan tebus. Kadang-kadang hadiah tak cukup tapi kita boleh ketatkan syarat penebusan dari segi penulisan 'rumusan' dalam buku Nilam terutamanya untuk tahap 2. Saya dapat idea ni dari grup (tchercollection) ni juga kalau tak silap. Terima kasih banyak, begitu juga dengan sokongan dan kerjasama padu cikgu Pusat Sumber Sekolah, Cikgu Fadzilah Shoib Dilla,”

Tambah Cikgu Asfa, semua murid Tahun Satu sehingga Tahun Enam berpeluang dapat hadiah membaca. Mereka yang membaca paling banyak berdasarkan token yang diberi, boleh menebus hadiah daripada guru.

“Bajet pula diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (GPM), kadang-kadang ada juga cikgu lain yang sumbangkan hadiah.. Murah je, tapi murid-murid suka dan gembira,”katanya.

Sistem Token

1 token = 10 buah buku dibaca  

2 token = Tebus hadiah

 

ARTIKEL MENARIK:

Terperangkap dalam hujan lebat, Baverly sanggup gendong pelajar Pendidikan Khas redah air

Teknik-teknik menjawab Bahasa Inggeris (Penulisan) UPSR untuk murid potensi lulus

Enam perkara ubah PSS jadi ceria - Cikgu wajib tahu ini

Cikgu Hailmi dapati guru hampir seluruh dunia alami tujuh masalah ini (7 foto)

'Inilah kebahagiaan untuk kami... inilah kecemerlangan yang sebenar bagi kami'