KUANTAN - Meskipun berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu, ramai guru dan pelajar kini dilihat mengambil peluang dengan memanfaatkan penggunaan platform media sosial untuk meneruskan kelangsungan sesi pembelajaran.

Langkah sama digunakan guru Sekolah Menengah Tahfiz al-Quran (Jaim) Chenderah, Jasin, Melaka yang turut menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian menerusi penggunaan aplikasi WhatsApp secara panggilan video bagi membolehkan hafazan al-Quran dapat dijalankan seperti sesi persekolahan biasa.

Salman Saman, 35, berkata, kaedah itu digunakan sejak hari pertama PKP berkuat kuasa.

“Ini bagi memastikan pelajar saya tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Saya telah mengadakan kelas dengan tiga sesi setiap hari iaitu pagi, petang dan malam selepas selesai mengerjakan solat tarawih.

“Sepuluh pelajar saya secara bergilir-gilir membuat panggilan video menerusi WhatsApp dengan memperdengarkan bacaan surah al-Quran dan memperbaiki teknik bacaan mereka,” katanya ketika ditemui di rumah ibu mertuanya di bandar Kuantan, semalam.

Salman menjelaskan, sesi pembelajaran dalam talian sama seperti kaedah pengajaran di sekolah dan pelajar akan bertalaqi untuk memperbetulkan bacaan hafazan.

Jelasnya, selepas itu, tasmik iaitu bacaan hafazan akan diajar kepada pelajar disusuli dengan iadah iaitu ulangan bacaan hafazan dan murajaah dengan ulangan bagi hafazan yang sudah lama.

“Alhamdulillah setakat hari ini, semua pelajar bersemangat untuk menghafal mungkin mereka berada di samping ibu bapa,” katanya.

Artikel berkaitan:

Cikgu yang pandai masak, pandai buat video PdPc, bolehlah buat e-book untuk kongsi ilmu

Pernah mengajar di pedalaman Sarawak, kii cemerlang di peringkat dunia

Kenali 15 guru hebat dan handal, ikuti perkongsi Cikgu Fadhli mengenai mereka

Latihan Matematik SPM Kertas I dan II, siap ada hadiah misteri daripada Cikgu Khai lagi rugi tak cuba

Musim PKP: Gigih Cikgu Nazmi jelajah 13 kampung, hantar kerja sekolah murid