Mengukuh fakta Soalan Sains Kertas 2 UPSR: Buruj

Setelah diteliti, salah satu tajuk yang belum pernah disoal lagi dalam soalan Sains Kertas 2 UPSR adalah tajuk buruj (Tahun Enam).

Pada minggu ini, cikgu akan permudahkan fakta-fakta yang perlu diingat oleh murid-murid bagi tajuk buruj. Cikgu izinkan guru-guru lain berkongsi perkongsian cikgu hari ini bersama murid-murid...Jika ada sebaran kekurangan mohon maafkan kekhilafan cikgu.

Apakah maksud buruj

- Gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada waktu malam.

- Corak atau garisan itu hanya gambaran pelukis namun bintangnya tetap ada...

 

Jenis-Jenis buruj (Bidin Bela Seekor Pari)

- Buruj BIDUK - BIDIN

- Buruj BELANTIK - BELA

- Buruj SKORPIO - SEEKOR

- Buruj PARI - PARI

 

Ciri-ciri buruj

1) Buruj Biduk (Big Dipper)

- Sekumpulan tujuh bintang yang membentuk corak seperti senduk atau pencedok air.

- Dua biji bintang pada muncung pencedok itu sentiasa menunjukkan ke arah utara.

- Boleh dilihat di hemisfera utara antara bulan April dan Julai pukul 8 malam hingga 10 malam.

- Petunjuk Musim Menanam di Hemisfera Utara.

 

2) Buruj Belatik (Orion)

- Sekumpulan bintang yang membentuk corak seperti seorang pemburu dengan perisai dan pedang.

- Boleh dilihat dari hemisfera utara dan hemisfera selatan antara bulan Disember hingga Februari pukul 8 malam hingga 10 malam.

- Menunjukkan arah Kiblat orang Islam di Asia.

 

3) Buruj Skorpio (Scorpius)

- Sekumpulan bintang yang membentuk corak seekor kala jengking.

- Boleh dapat dilihat di hemisfera selatan antara bulan Jun dan Ogos pukul 8 malam hingga 10  malam

 

4) Buruj Pari (Southern Cross)

- Sekumpulan empat bintang yang membentuk corak pedang atau layang-layang.

- Satu bintang yang paling terang pada kaki Pari biasanya menunjukkan arah selatan.

- Hanya dapat dilihat pada hemisfera selatan antara bulan April hingga Jun pukul 8 malam hingga 10 malam

 

Masa kemunculan buruj

1) Pak Bidin Ajar Jebon

Pak - PARI

Bidin - BIDUK

Ajar - APRIL

Jebon - JUN

 

2) Seekor Jebon Oren

Seekor - SKORPIO

Jebon - JUN

Oren - OGOS

 

3) Bella Dislike Fruits

Bella - BELANTIK

Dislike - DISEMBER

Fruits - FEBRUARI

 

Mengapa buruj mempunyai masa tertentu untuk muncul di ruang angkasa langit?

- Kerana kedudukan buruj-buruj ini sentiasa berubah mengikut putaran bumi yang berputar pada paksinya dan mengikut peredaran bumi yang beredar mengelilingi orbitnya.

 

Kepentingan buruj kepada manusia

1. Petunjuk arah

2. Petunjuk musim menanam dan menuai tanaman

3. Petunjuk arah kiblat

 

Info

- Terdapat 88 jenis buruj (constellations) di dunia

Sumber: Facebook Personal HOME Tuition CIKGU Shahrul

Tip penting:

18 fakta penting persoalan tentang Bumi dan Sains Angkasa...ini kongsi guru Sains SK Jengka Pusat 2

'10 topik Sains wajib ulang kaji ketika ini' - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

'Latihan pecutan akhir buat calon UPSR' - Guru Pakar Sains kongsi set ramalan soalan Sains