"BUKAN sahaja subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris sahaja yang ada formula, sebaliknya Bahasa Melayu pun ada juga formula," kata Cikgu Ahmad Safarman Dollah.

Merupakan guru subjek Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Kenering, Hulu Perak, beliau berkata, bila ada formula, karangan yang dihasilkan murid tidak bersifat lewah, lemah, kosong atau terpesong jauh.

"Nak pandai mengarang, bukan setakat membaca sahaja...tetapi perlu ada beberapa formula yang harus diingat agar semasa hari peperiksaan, murid dapat menjawab soalan dengan baik," katanya yang juga guru Pemeriksa Kertas UPSR.

Hadamkan formula 'Memori Mengarang' oleh Cikgu Ahmad Safarman yang telah dihasilkan olehnya beberapa tahun lalu.

1) Perlu ada asas dari Tahun Empat lagi sama ada soalan tersebut berformat atau tidak.

Antara beberapa asas yang boleh diketahui adalah seperti di bawah.  

Rujuk Power Point 1 di bawah.  

2) Perlu baca arahan soalan dan pilih karangan yang mampu dijawab/ mempunyai banyak isi untuk mengarang.

Contoh karangan yang popular atau menjadi pilihan murid ialah Cerita, Berita, Ucapan, Catatan, Dialog dan sebagainya.

3) Kuasai teknik Memori Mengarang pendahuluan

Teknik ini adalah untuk murid memulakan karangan. Tidak membuang masa bagaimana untuk memulakan karangan dan seterusnya dapat mengarang dengan baik.

Rujuk Power Point 2 di bawah.  

4) Kuasai teknik bahagian Isi di mana murid boleh fokus gunakan teknik mengarang Memori Mengarang 1 Perenggan

Melalui teknik ini murid boleh mengetahui elemen apa yang perlu dimasukkan di dalam setiap perenggan yang dihasilkan. Murid boleh memasukkan isi utama, contoh, kita dapat, kesan, cara ini dapat, peribahasa dan sebagainya.

Teknik ini mampu membuatkan murid dapat mengerang dengan baik dan membuang masa dengan ‘banyak berfikir’ tetapi tiada idea atau isi bernas yang perlu dimasukkan dalam mengarang.

Rujuk Power Point 3 di bawah.  

5) Fahami dan tahu teknik format karangan penutup

Format penutup juga wajar difahami oleh murid. Kebiasaan murid kehabisan idea atau tergesa-gesa untuk membuat penutup lantaran mengejar masa. Jadi dalam hal ini, murid hanya mengingati format penutup sebagaimana contoh di bawah.

Rujuk Power Point 4 di bawah.  

6) Memasukkan elemen peribahasa

Elemen peribahasa atau kata-kata indah ini boleh juga dimasukkan agar pemeriksa mengetahui murid mampu memberikan yang terbaik dalam mengarang. Elemen peribahasa ini berfungsi sama seperti ‘contoh’.

Dalam istilah yang senang murid A makan nasi lauk ikan tapi murid B makan nasi lauk ikan, ayam, dan daging. Sudah pastinya murid B lebih baik. Begitu juga dengan mengarang mesti disokong dengan isi, idea, contoh yang kukuh.

Murid boleh mengetahui teknik memasukkan penanda memulakan peribahasa/ slogan/ kata-kata hikmah iaitu:

Bak kata peribahasa, Bak kata peribahasa Melayu, Bak kata orang tua-tua, Bak kata mutiara, Bak peribahasa, Persis kata peribahasa Melayu, Persis kata orang tua-tua, Persis kata mutiara, Persis peribahasa, Hal ini sama dengan peribahasa, Bak simpulan bahasa

Pilih yang mana murid rasa senang ingat dan selesa untuk mengarang.

7) Contoh karangan

Rujuk Power Point 5 di bawah.

MUAT TURUN FORMAT PENDAHULUAN DI SINI. ADA LIMA POWER POINT SEBAGAI RUJUKAN.  

Cikgu Ahmad Safarman bersama formula 'Memori Mengarang'.

Tip Menarik:

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020

Guru Cemerlang kongsi tip Sejarah SPM 2020 - Kuasai Kertas 1,2 dan 3 untuk dapat markah penuh

Cikgu Azlan kongsi tip mudah bina carta pai subjek Geografi

Cikgu ini kongsi cara hafal sifir dalam masa sehari - Murid-murid pasti dapat skor Matematik nanti