Jika dipetik ribuan bintang di langit sekalipun tidak bisa melawan sinaran purnama hati seorang guru.

Wajarkah kita engkar tunjuk ajar seorang guru yang boleh dianggap sebagai sebuah pangkalan tua terkandung ilmu yang tetap terpahat dan menjadi persinggahan melontarkan curiga dan bimbang.

Memang, melepaskan sebuah kisah sedih dan pahit bersama guru itulah momen terindah untuk dikenang kerana di penghujungnya ada kemanisan.

Biarpun kemiskinan memaksa diri untuk kerapkali membenamkan perasaan bersama curahan air mata, sedarilah ilmu itulah bekalan dan tugu membina kekayaan.

Dalam lubuk tasik ingatan seorang guru, seringkali memahatkan agar biar apapun yang membadai sengketa murid harus menumpukan tentang pelajaran kerana ia adalah benteng terjahan halangan merobohkan yang bernama kebodohan.

Ikatan antara guru dan murid harus semakin dekat sebagai mana aur dengan tebing, sebagai mana isi dengan kuku kerana di dalamnya ada kasih sayang dan saksi kebahagiaan.

Genggamlah cita-cita dan gapailah impian setinggi awan seluas lautan dalam.

Sedarlah, dia seorang guru pembentuk generasi, pembina negara bangsa, dan pewaris tamadun ilmu yang terus hidup sepanjang waktu.

Sedarilah guru mendidik, memberi ilmu, membentuk akhlak juga sahsiah moga anak didik cemerlang dunia cemerlang akhirat.

Demi misi dan visi dalam dunia pendidikan, murid terpaksa akur menerima keringat menitis kepedihan biarpun peluh jantan terus menitis mereka terpaksa menerima hakikat sebuah kepayahan.

Bala apa yang menimpa, sumpahan apakah memekik malang sehingga kau sanggup hancurkan mereka yang sedang memberikan kau ilmu pengetahuan dan meluruskan jalan yang berliku.

Rindu yang paling sakit adalah rindu kepada orang yang telah pergi dan penawarnya hanya sebuah air mata.

Hargailah guru yang ada di depan mata jika sudah tidak... menangis air mata darah sudah tidak berguna lagi.

Oleh:

Ahmad Safarman Dollah

Guru Bahasa Melayu

SK Kenering, Gerik, Perak

Baca:

SK Parit Markom jemput guru pakar bmbing ibu bapa dan murid agar dapat kuasai 3M

Cubaan pertama terus menang peringkat antarabangsa, empat inovasi SMK Paya Rumput diiktiraf

Pelajar pengganti guru, jadi mentor dalam kelas - Patutlah pelajar Cikgu Afiffi seronok

Pesara guru ditipu RM197,000 oleh kenalan Facebook, rupa-rupanya diperangkap Parcel Scam

Punca kejadian masih misteri, kualiti udara di 85 sekolah direkodkan serentak (5 foto)