Acara utama untuk hari ni adalah lawatan ke Antimatter Factory. Ramai yang tahu pasal CERN ni adalah sebab ada babak curi bahan Antimatter dari CERN dalam filem Angels and Demon.

Jadi secara teorinya, semesta ini terdiri daripada 5% jirim yang diketahui (sebenarnya tak tahu sangat) berbanding 95% lagi Dark Matter dan Dark Energy yang langsung kita tak ada idea.

Dan nak faham kan Antimatter ni pun satu hal. Kalau sebelum ni kita belajar elektron bercas negatif, tapi dalam particle physics kita ada elektron bercas positif yang kita sebut sebagai positron. Maka jika ada proton, maka tenaganya adalah terhasil daripada perlanggaran dengan antiproton. Ye ke? Abang pun pening ni...

Tapi lawatan ke Antimatter Factory ni yang paling saya suka adalah macam mana mereka melayan dan berkongsi ilmu dengan pengunjung.

Jadi setiap satu tempat / makmal yang kitorang pergi, mesti ada ruang pameran untuk orang belajar pasal mesin atau teknologi tu. Baru lah pengetahuan tu dapat dipindahkan dengan baik kepada rakyat marhaen juga.

Patutnya kilang-kilang dan Pusat-Pusat berkaitan sains kita pun kena ada benda macam ni. Sapa setuju sila angkat tangan? @ CERN

Cikgu Hailmi bersama peserta lain di Antimatter Factory yang terdapat di CERN

Salah satu pameran untuk tujuan pembelajaran

LIER - Low energy ion ring

Di setiap kilang turut disediakan sudut pembelajaran

ARTIKEL BERKAITAN:

Cikgu Norhailmi, guru Malaysia pertama ikuti High School Teacher Programme 2019 tiba di Geneva

Hari pertama Cikgu Hailmi di CERN, Geneva - 'Kami dibawa melawat CERN' (6 foto)

Hari kedua - Jeff Wiener terangkan program guru CERN, peserta teruja lihat Syncho Cyclotron (7 foto)

Hari ketiga belajar pengenalan Particle Physics buat Cikgu Hailmi makin bersemangat (4 foto)

'Industri dan pusat penyelidikan kita kena tiru apa yang CERN buat' - Hari keempat Cikgu Hailmi

Hari kelima: Cikgu Hailmi teroka ilmu baharu yang mengujakan (6 foto)

Hari keenam: Cikgu Hailmi terpegun dengan kecanggihan teknologi di CERN (5 foto)

Hari ketujuh: Cikgu Hailmi berpeluang nikmati makanan tradisi Swiss, Cheese Fondue (2 foto)

Hari kesembilan: Makin mencabar buat Cikgu Hailmi (5 foto)

Hari kesepuluh: Cikgu Hailmi tak sabar nak kongsi dengan murid, pengalaman di CERN