PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan pencemaran najis burung merpati mungkin antara faktor sampingan menyebabkan insiden gangguan kesihatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, KKM bersama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah memberi analisis dan mengemas kini hasil dapatan daripada kejadian pencemaran itu.

“Kita kembali apa yang kami sebutkan, tanpa mengganggu (menghalang) sesiapapun untuk berikan komen dan pandangan mereka.

“Jadi pandangan kami sehingga hari ini, kita tidak mendapati (pencemaran ini ada kaitan dengan najis burung). Fenomena ini kami akan terus pantau,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Kurangkan Gula, Hidup Sihat anjuran sebuah pasar raya di Subang Jaya semalam.

Laporan Sinar Harian pada 24 Julai lalu.

Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar ketika tinjauannya dua hari lepas berkata, kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan insiden murid SK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, mengalami sesak nafas dan muntah-muntah yang berulang turut berpunca daripada pencemaran najis dan hama burung merpati di beberapa bilik darjah sekolah terbabit.

Sebelum ini, media melaporkan sembilan kes baharu sesak nafas dilaporkan di Pasir Gudang membabitkan lapan pelajar dan seorang guru dari empat sekolah termasuk di SK Tanjung Puteri Resort, yang dirawat sebagai pesakit luar.

Dr. Dzulkefly berkata, pihaknya turut melibatkan sebuah jawatankuasa pakar bebas untuk menyiasat serta mendapatkan analisis dan dapatan yang pelbagai berhubung insiden
 pencemaran tersebut.

“Kita akan membandingkan hasil dapatan mereka dengan pihak kita. Ia bergantung kepada secepat mana mereka lakukan dan saya jangka hasil dapatan mereka akan siap hujung bulan ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, ibu bapa dinasihatkan untuk mengelakkan anak mereka daripada mengambil minuman manis terutama minuman teh gelembung (bubble tea) yang mencetuskan fenomena ketika ini.

“Bubble tea mempunyai lebihan gula yang tinggi. Kalau tak silap saya setiap 500 mililiter (ml) minuman mengandungi kira-kira 20 sudu teh gula, sementara yang dibenarkan adalah lapan (sudu teh) untuk pengambilan sehari,” katanya.

Katanya, setakat ini kerajaan belum bercadang mewujudkan mekanisme untuk menghentikan kegilaan rakyat Malaysia terhadap minuman bubble tea.

“Jika ada keperluan untuk mengadakan pertemuan dengan peniaga, kita akan melakukannya tetapi buat masa ini belum ada perancangan untuk itu lagi.

“Bubble tea merupakan minuman yang popular buat masa ini, tetapi saya berharap rakyat Malaysia akan membuat keputusan yang lebih bijak apabila berkaitan pengambilan minuman yang tinggi gula,” katanya.

Baca:

Markah Matematik masih E, apa perlu buat? Ini pesanan Cikgu Mohamad Hakim

Cikgu Shahril kongsi 17 teknik jawab soalan Matematik UPSR melalui pemahaman gambar rajah

Link soalan percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Cemerlang setiap kali peperiksaan, guru ini gariskan tujuh panduan untuk diikuti

12 muka surat nota ringkas Matematik UPSR Cikgu Nana