CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi,17, yang meninggal dunia dalam serangan keganasan di Masjid Al Noor disifatkan sebagai seorang remaja hebat.

Ia diakui sendiri oleh Pengetua Sekolah Tinggi Burnside, Phil Holstein iaitu tempat Muhammad Haziq belajar.

"Dia seorang remaja hebat yang sangat menghormati rakan-rakan dan gurunya, bersungguh-sungguh, bermotivasi dan mahu melakukan yang terbaik.

"Guru-guru menyedari keyakinan Muhammad Haziq semakin bertambah dalam masa singkat sejak dia di sini, seperti kata seorang guru, dia sudah bersedia untuk berkembang," katanya seperti dilaporkan laman stuff.co.nz.

Laman itu turut menyatakan, Muhammad Haziq merupakan pelajar Tahun 12 di sekolah tersebut dan memperoleh beberapa pencapaian cemerlang tahun lalu.

Sekolah tersebut turut mengadakan perhimpunan pada hari ini bagi memaklumkan kematian Muhammad Haziq.

Allahyarham yang merupakan warga Malaysia antara 50 mangsa terkorban dalam serangan melibatkan dua masjid di sini, minggu lalu.

Jenazah Muhammad Haziq selamat dikebumikan di Memorial Park Cemetery Bromley di Linwood, selepas Zuhur waktu tempatan, hari ini.

Sementara itu, pengetuanya turut memuat naik status di portal Burnside High School beserta gambar Allahyarham Haziq semalam.

It is with great sadness that the school has been informed that one of our Year 12 South Division students, Haziq Mohd Tarmizi was killed in the Deans Avenue Mosque last Friday.  This is a tragedy for Haziq's whanau, the Muslim community, and of course our school.  
 
Our thoughts are with Haziqs family. If your son/daughter feels as though they need support, please tell them to see their Divisional Head Dean or Counsellor. Please remember this, we are here for them. 
 
Phil Holstein,
Principal

 

Ini pula kata salah seorang yang berkesempatan bersama menyempurnakan pengebumian itu https://www.gpsbestari.com/berita/selangor/hidung-dan-bibir-merah-seperti-masih-hidup-jenazah-haziq-selamat-dikebumikan-1.924148

'Hidung dan bibir merah seperti masih hidup'- Jenazah Haziq selamat dikebumikan https://www.gpsbestari.com/berita/hidung-dan-bibir-merah-seperti-masih-hidup-jenazah-haziq-selamat-dikebumikan-1.924148

Tergolong syahid akhirat - Komen tiga mufti mengenai kematian Muhammad Haziq https://www.gpsbestari.com/berita/tergolong-syahid-akhirat-komen-tiga-mufti-mengenai-kematian-muhammad-haziq-1.924178

'Wajah Haziq bercahaya ketika jenazah diuruskan' - Ibu Haziq kongsi keadaan pemergian anak keduanya https://www.gpsbestari.com/berita/wajah-haziq-bercahaya-ketika-jenazah-diuruskan-ibu-haziq-kongsi-keadaan-pemergian-anak-keduanya-1.924161