SHAH ALAM - Pengebumian jenazah Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, telah disempurnakan di Memorial Park Cemetery Bromley selepas Zohor (waktu tempatan), hari ini.

Salah seorang yang berkesempatan bersama menyempurnakan pengebumian itu, Putera Sriwijaya bersyukur dapat menyertai upacara itu di Facebook miliknya.

Katanya, jenazah adik Haziq telah selamat disolatkan dan dikebumikan lebih kurang sejam yang lepas.

"Alhamdulillah berpeluang mengusung keranda dan menurunkan jenazah syuhada ke dalam liang lahad. Saya menjadi saksi wajah jenazah sangat bersih seperti tidur sahaja walaupun sudah seminggu pergi.

"Hidung dan bibir merah seperti masih hidup. MasyaAllah. Barangkali ada amalan arwah ketika hidupnya sehingga terpilih untuk mati dalam keadaan husnul khotimah," katanya.

P/s: Tiada gambar diambil berhampiran sebagai penghormatan kepada pihak keluarga abg Tarmizi.

Mohd Haziq adalah antara 50 mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu ketika umat Islam sedang menunggu solat Jumaat.

Terdahulu, Wisma Putra mengesahkan remaja Malaysia itu yang dilaporkan hilang sebelum ini meninggal dunia dalam insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.

Ini pula pengebumian pelajar Sekolah Tinggi Cashmere mangsa serangan masjid Chsristcuerh selamat dikebumikan

https://www.gpsbestari.com/berita/luar-negara/pelajar-sekolah-tinggi-cashmere-mangsa-serangan-masjid-chsristcuerh-selamat-dikebumikan-1.924149

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Solat jenazah ghaib dan bacaan Yasin di SMK Jalan Empat pagi ini - 8 gambar https://www.gpsbestari.com/berita/selangor/solat-jenazah-ghaib-dan-bacaan-yasin-di-smk-jalan-empat-pagi-ini-8-gambar-1.924159

'Haziq pelajar hebat sangat menghormati rakan-rakan dan guru' - Pengetua Sekolah Tinggi Burnside https://www.gpsbestari.com/berita/luar-negara/haziq-pelajar-hebat-sangat-menghormati-rakan-rakan-dan-guru-pengetua-sekolah-tinggi-burnside-1.924172

'Haziq seorang prihatin, sentiasa ingat kawan-kawannya' https://www.gpsbestari.com/berita/kuala-lumpur/haziq-seorang-prihatin-sentiasa-ingat-kawan-kawannya-1.924174