PENGETUA Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 9 (2), Putrajaya, Mohd Zarrawi Ravi Abdullah menerima Anugerah Tokoh Nilam Kategori Guru pada Majlis Pelancaran Dekad Membaca dan Majlis Perasmian Minggu Bahasa, 10 Februari lalu.

Selain beliau, turut menerima Anugerah Tokoh Nilam ialah pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Syahzanani Mohd Shahrizan (Kategori Murid PPKI); Pelajar Tingkatan Lima, Nur Batrisyia Izzah Khairul Zaid (Kategori Murid Aliran Perdana); Nurnadiatulashiha Sharif (Kategori Staf) dan Nik Firdaus Nik Lah (Kategori Ibu Bapa).

Menurut Cikgu Mohd Zarrawi, minat membaca sememangnya sudah dipupuk semenjak berkecimpung dalam dunia pendidikan.

"Genre yang saya minati ialah genre sukan dan psikologi. Dalam sebulan, saya selalunya dapat menghabiskan dalam 10 buah  buku. Impak daripada pembacaan saya dapat memantapkan sistem organisasi sekolah. 

"Tambahan pula, sebagai pengetua, saya seharusnya sentiasa peka terhadap isu semasa dan perkara baharu yang wujud di persekitaran kita," katanya.

Seramai 43 murid yang menerima Anugerah Nilam 5 Bintang.

Majlis Pelancaran Dekad Membaca dan Majlis Perasmian Minggu Bahasa berlangsung di Dewan Tun Abdul Razak, SMK Putrajaya Presint 9 (2).  

Dianjurkan Pusat Sumber Sekolah yang berkolaboratif dengan Bidang Bahasa, majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Siti Aishah Sh Ab Kadir.

Turut hadir, Sasterawan Negara, Datuk Dr Zurinah Hassan; Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jamaliah Yaakob dan Pegawai Perancang Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, Mohd Amizi Ikman Amran.

Hadir sama, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Mohd Tahir Muhamad dan empat Tokoh Nilam Ibu bapa, Nik Firdaus Nik Lah; Khairul Zaid Omar; Erlyana Yati Mohd dan Zanariah Ramli.

Nur Batrisyia Izzah (tiga dari kanan) penerima Anugerah Tokoh Nilam Kategori Murid Aliran Perdana bersama Jamiliah (kiri) dan Siti Aishah (dua dari kiri).

Seramai 89 guru dan 890 pelajar turut memeriahkan program berkenaan. 

Sementara itu, Guru Perpustakaan dan Media, Nurafidah Mohd Khalid berkata, terdapat beberapa kategori lain turut dipertandingkan pada program tersebut.

"Antaranya, Anugerah Nilam 5 Bintang diberikan kepada 43 pemenang, antaranya Aishah Nur Damia Hamidon; Arissya Raihanna A Razak; Muhammad Anas Zairi dan Nur Zahirah Noraida manakala Anugerah Peminjam Terbanyak diberikan kepada Muhammad Hazim Muqri Mohd Hafiz (Kategori Murid); Shazwanee Mohd Rone (Kategori Guru) dan Kasmawati Abdul Rahman (Kategori Staf)," katanya. 

Besar harapan Cikgu Nurafidah agar program tersebut dapat dijalankan pada setiap tahun agar pengiktirafan dapat diberikan kepada mereka yang menjayakan Program Dekad Membaca berkenaan. 

"Di samping pengiktirafan, pihak sekolah juga dapat memperkasakan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah," ujarnya. 

Pelajar Tingkatan Satu, Muhammad Hazim Muqri Mohd Hafiz menerima Anugerah Peminjam Terbanyak bagi Kategori Murid daripada Siti Aishah (dua dari kiri).

 Dr Zurinah ketika menyampaikan puisi bertajuk 'Syair Putrajaya'.

Cikgu Mohd Zarrawi menerima cenderamata berupa buku Dr Zurinah bertajuk '7 Petala'.

Dr Zurinah menerima sijil jalinan daripada Cikgu Nurafidah.

Antara tetamu yang hadir semasa Majlis Pelancaran Dekad Membaca dan Majlis Perasmian Minggu Bahasa SMK Putrajaya Presint 9 (2).

Artikel menarik: 

Cikgu Nazim kongsi cara pencegahan daripada terkena Covid-19 di rumah

'Zoom Cloud Meeting' cara Cikgu Mazliza

Selain Raatchasi, ini 20 filem menarik berkait dunia guru dan pendidikan

Cikgu Mc Nor ajar empat langkah mudah buat sendiri 'hand sanitizer' kos hanya RM22 untuk satu liter

Terbaiklah, JPN Johor sediakan pembelajaran digital, altenatif PdP musim cuti Covid-19