"Adik tengok kakak tu. Markah dia selalu dapat 80% - 90%. Dapat nombor satu dalam kelas. Adik pula 20% - 30% sahaja. Nombor pun corot."

IQ dan kecerdasan anak-anak kita tak sama. Ada yang laju, ada yang biasa-biasa, ada juga yang perlahan.  JANGAN bandingkan keupayaan mereka. Jangan!

Ayat sebegini adalah bom jangka dalam diam. Diperam dan dipendam hingga ada luka di dalam. Luka yang dipendam sehingga besar dan mempengaruhi sikap mereka.

  1. Mereka jadi rendah diri.
  2. Mereka rasa kecil hati.
  3. Mereka rasa mereka tak mampu menyaingi.
  4. Mereka rasa kita selalu memandang rendah pada mereka.

Tolong jangan bandingkan.

Sebaliknya terus bagi semangat dan dorongan. Terus saja sokong mereka.

Mungkin awalnya mereka agak perlahan dalam pelajaran, namun ramai saja yang gagal di sekolah rendah dan cemerlang di sekolah menengah dan IPTA/IPTS.

Kadang-kadang, yang lemah dalam pelajaran ini lebih prihatin dalam kehidupan.

Merekalah yang menjaga adik-adik dan mereka jugalah yang selalu bantu didapur serta mengemas rumah.

Lebih menyenangkan hati, mereka lebih taat dan baik pekertinya.

"Sokongan ibu bapa adalah motivasi paling hebat untuk seorang anak,"Cikgu Mohd Fadli Salleh

TIP MENARIK:

'Kata kuncinya adalah hafal formula' - Ini peringatan penting cikgu Matematik kepada calon UPSR

Latih tubi tajuk peratus bagi subjek Matematik UPSR - Dua markah untuk soalan ini

Dua tajuk penting subjek Sains untuk calon UPSR hafal, ingat - Contoh soalan disediakan (Siri 1)

Calon UPSR hafal tajuk ini untuk skor subjek Sains - Disediakan contoh soalan untuk latihan (Siri 2)

Nak pandai Matematik? Cikgu Fadli kongsi empat video mengikut pecahan tajuk, dijamin faham (Siri 1)

Mudahnya nak skor A Matematik UPSR, Cikgu Fadli kongsi tiga video (Siri 2)