BAGAN SERAI - Ibu bapa yang mempunyai kemudahan alat telekomunikasi seperti telefon bimbit dan internet, diminta untuk menggalakkan anak-anak mereka mengikuti pembelajaran secara dalam talian, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Razman Zakaria berkata, guru juga berperanan untuk menggunakan medium dalam talian serta media sosial yang sesuai untuk merancang, memberi arahan, tugasan dan kerja rumah kepada setiap pelajar.

"Langkah ini perlu, bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran masing-masing. Walaupun ada sesetengah kawasan tidak mempunyai kemudahan internet, inisiatif perlu dilakukan termasuk menggunakan kemudahan bagi saluran TV Pendidikan, untuk mengikuti pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kotak makanan seperti beras, gula dan telur, kepada 102 pelajar sekolah Menengah Muzaffar Shah, Simpang Empat Semanggol dekat sini, hari ini.

Razman berkata, hanya 50 peratus sekolah di Perak mempunyai akses internet dan berharap Kementerian Pendidikan mengambil langkah bersesuaian untuk menyelesaikan masalah tersebut. - Bernama

Artikel Menarik:

'UPSR batal.. penilaian dilakukan dengan pelbagai kaedah lain' - Dr Mohd Radzi

Teks ucapan penuh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin

'Saya buat cara old school. Guna Whatsapp aje' - Guru lain boleh ikut cara Cikgu Ain tak pening

'Panduan langkah demi langkah bina Google Classroom sendiri berserta video' - Cikgu boleh cuba ni

Selamat datang Menteri Pendidikan baharu, ini biodatanya