KUALA LUMPUR - Seorang sukarelawan yang juga ibu tunggal tidak menyangka merupakan antara lima pemenang terbaik bagi Anugerah My Hero Award 3.0.

Jameyah Sheriff, 59, ketika ditemui memberitahu  sangat bersyukur dengan  anugerah diterima serta tidak menyangka kisahnya membantu seorang  sahabat yang menghidap cerebral palsy, Tan Chin Chin, 37, ketika sama-sama belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2003 mendapat pengiktirafan.

“Chin Chin ibarat anak sulung saya dan ketika itu dia baru berusia 20 tahun dan saya pula berusia 42 tahun. Jadi dia amat memerlukan sokongan serta

bantuan harian untuk bergerak ke kelas, perpustakaan atau ke mana-mana sahaja,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Anugerah My Hero 3.0 di Wisma Chinese Chamber di sini semalam.

“Dia sangat cemerlang dalam pelajaran dan sering  menjadi pelajar terbaik. Kini sudah hampir 10 tahun  Chin Chin menjadi pegawai penyelidik di universiti itu,” katanya.

Chin Chin yang juga mempunyai masalah pertuturan turut hadir bersama  meraikan Jameyah dan berterima kasih dengan keprihatinan wanita itu yang sering membantunya.

Sementara itu, Md Herman yang ditemui turut  terharu dengan anugerah yang diterima dan tidak  menyangka perjuangannya selama 28 tahun membuat

kerja amal serta membantu anak-anak orang kurang upaya (OKU) dihargai sehingga memperoleh penghormatan sebegitu.

“Saya lakukan demi anak-anak OKU di Labuan iaitu kampung saya. Saya sendiri OKU pendengaran dan saya tekad mahu bantu anak-anak OKU pekak

di Labuan dengan mengajar mereka bahasa isyarat yang standard supaya lebih mudah untuk mereka berkomunikasi dan mencari kerja,” katanya yang juga seorang sukarelawan.

Anak kedua daripada tujuh beradik itu berkata, sehingga kini beliau berjaya  membimbing 20 OKU untuk belajar bahasa isyarat dan lebih daripada 20 orang juga sudah mempunyai kerjaya masing-masing.

“Kesemuanya dibantu melalui Persatuan Bagi  Orang Istimewa Labuan dan Persatuan Orang Pekak Labuan,” katanya.

Artikel menarik:

'Canteknya' - Enam pelajar ini terkejut dapat pujian daripada Raja Permaisuri Agong

"Berehatlah muridku..."- Catatan hati guru arwah Mejar Zahir ini buat ramai sebak

Murid Tahun Lima SK Hamzah hidap sakit buah pinggang kronik rayu sumbangan

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan