Pada minggu pertama persekolahan ini, kebanyakkan guru kelas sibuk menghias kelas masing-masing.

Begitu juga dengan seorang cikgu Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Ulu Penggeli, Hairul Azuan Ahdan ini yang berkongsi cara membuat langsir yang sangat cantik dan jimat.

Jom kita tengok cikgu Hairul Azuan cerita bagaimana dia mendapat idea membuat langsir DIY yang unik itu.

"Saya dapat idea untuk buat langsir macam tu sebab saya nak murid-murid kelas saya rasa seperti mereka berada di rumah. Tetapi memandangkan kos untuk memasang rod kayu yang mahal maka saya terpaksa memikirkan alternatif lain untuk menggantung langsir tersebut.

"Maka, cara paling mudah dan murah, saya DIY sendiri guna batang paip PVC. Saya dapat jimat banyak kos dan kebetulan saya boleh menjahit jadi saya dapat realisasikan impian tersebut," katanya.

Kata Cikgu Hairul Azuan lagi, dia mengajar kelas tahun lima. Kelasnya cuma ada 18 murid.. jadi agak mudah baginya untuk menyusun atur kelas.

"Jika mengikut rekod kehadiran tahun lepas, kehadiran kelas kurang baik kerana setiap hari pasti ada murid yang tidak hadir.

"Disebabkan itu untuk tahun ni sasaran saya adalah untuk kehadiran sekurang-kurangnya 95% setiap hari.. dan harapan saya jugak dengan suasana rumah yang bakal saya terapkan ini akan menggalakkkan kehadiran murid setiap hari," katanya.

 

***psssst: Ungtonglah kan..dapat cikgu yang sangat kreatif nih! kelas kita pon cantik.. apa lagi... belajar rajin-rajin ya.