SERAMAI enam pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jugra, Banting, Selangor dipilih sebagai penerima Anugerah Pembaca Terbanyak Februari pada Pelancaran NILAM, HaN1S dan Google Classroom, 28 Februari lalu.  

Mereka ialah Nur Aleya Farhana Abd Zeine (Tingkatan Satu); R Maitili (Tingkatan Dua); Nur Hidayah Tulhusnah Abdullah (Tingkatan Tiga); J Grinath (Tingkatan Empat); Siti Sue Lyana Fitriyah Rosli (Tingkatan Lima) dan pelajar PPKI, Muhammad Zaki Salehhuddin (Tingkatan Empat).

Guru Perpustakaan dan Media, Fadhilah Hanani Mohd Ali berkata, pelajar yang terpilih menerima anugerah itu dinilai berdasarkan bilangan buku yang dibaca sepanjang bulan Februari.

"Kesemuanya berjaya membaca buku sebanyak 50 buah ke atas dalam bulan tersebut. Ini satu pencapaian yang sangat membanggakan buat SMK Jugra," kata beliau.

Cikgu Fadhilah Hanani

Pelancaran NILAM, HAN1S dan Google Classroom diadakan di Dataran Ilmu, SMK Jugra dianjurkan Pusat Sumber Sekolah.

Dirasmikan Penolong Kanan Pentadbiran, Noraishah Sanat, program berkenaan menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk warga sekolah.

Aksi teruja Cikgu Noraishah ketika gimik Pelancaran NILAM, HaN1S dan Google Classroom.

Antaranya, kuiz NILAM dan sebagainya.

Sementara itu, pengetua, Rossita Ramlan mengucapkan tahniah atas pelaksanaan program itu.

"Saya yakin, program sebegini dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dan seterusnya memupuk minat membaca kalangan mereka," ujarnya.

Cikgu Rossita

Sebahagian pelajar SMK Jugra yang mengikuti pelancaran NILAM, HaNIS dan Google Classroom.

Cikgu Noraishah (kanan) menyampaikan hadiah kepada Siti Sue Lyana Fitriyah atas kejayaannya membaca 137 buku selama dua bulan. Turut serta, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Aslamihah Zakaria (tengah).

Artikel menarik:

'Zoom Cloud Meeting' cara Cikgu Mazliza

Selain Raatchasi, ini 20 filem menarik berkait dunia guru dan pendidikan

Cikgu Mc Nor ajar empat langkah mudah buat sendiri 'hand sanitizer' kos hanya RM22 untuk satu liter

Terbaiklah, JPN Johor sediakan pembelajaran digital, altenatif PdP musim cuti Covid-19