SEREMBAN - Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyokong ketegasan Kementerian Pendidikan (KPM) terhadap isu penggunaan logo kementerian itu oleh penganjur Perak MUDA Medalist Dancesport Association pada pertandingan tarian yang melibatkan murid sekolah.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, pihaknya berharap KPM akan sentiasa memantau aktiviti yang diadakan sama ada menggunakan logo KPM atau tanpa pengetahuan pihak kementerian.

“iGuru bimbang usaha normalisasi barat yang bebas tanpa kawalan ini mengundang kehancuran generasi muda, malah akan membawa kepada keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Menurutnya, usaha membangunkan peradaban bangsa yang cemerlang perlu dimulakan sejak dari sekolah rendah melalui wadah pendidikan dan berpaksikan asas Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Katanya, iGuru turut menggesa supaya penekanan aspek kerohanian dan nilai agama diperkasakan di peringkat sekolah rendah bagi memastikan generasi murid memiliki jati diri yang kuat dalam menghadapi cabaran masa kini.

Baca:

TPM umum tiada keperluan tutup sekolah di Pasir Gudang buat masa ini, bergantung makumat JAS

Dua pelajar yang berubah keputusan SPM selepas semakan semula daftar masuk ke USIM hari ini

Pernah dianggap pelajar bermasalah, namun dia jugalah yang mengharumkan nama sekolah

SK Seri Muda, UniMAP anjur Program Transformasi Diri

SK Bakong raih keuntungan RM15,000 setahun - Tukar kantin sekolah jadi bangsal cendawan