PUTRAJAYA - Seramai lebih 1,700 orang yang terdiri daripada pelajar dan guru menghadiri sambutan Hari Bahasa Melayu peringkat Sekolah Moden Arab Antarabangsa (IMAS).

Hari Bahasa Melayu yang diadakan buat julung kalinya ini bertujuan mempromosikan bahasa Melayu sebagai salah satu medium komunikasi di IMAS dan mendedahkan para pelajar dengan budaya masyarakat negara ini.

Timbalan Pengetua IMAS, Dr. Waleed Mualimin berkata, meskipun berbeza latar belakang, budaya dan bahasa warga IMAS menyambut baik sambutan Hari Bahasa Melayu.

“Sangat penting untuk kita mempelajari bahasa Melayu dan budaya masyarakat di negara ini agar mudah untuk kita berkomunikasi.

“Sambutan ini sangat bagi kerana dapat mewujudkan ukhuwah dan budaya saling menghormati antara masyarakat,” katanya.

Ucapan perasmian daripada pengetua, Dr. Waleed Mualimin.

Pelbagai persembahan menarik diadakan seperti dikir barat, deklamasi sajak, berbalas pantun, pertunjukkan fesyen dan banyak lagi.

Salah seorang pelajar sekolah, Aiman Munir berkata, program itu sangat menyeronokkan kerana mereka dapat mempelajari bahasa dan budaya masyarakat Malaysia.

“Saya berharap program ini akan diadakan sekali lagi pada tahun hadapan” katanya.

Pelajar berpeluang merasai pelbagai makanan tradisional Malaysia seperti nasi lemak, apam balik dan roti canai.

Artikel lain:

KPM hargai sumbangan pengetua, guru besar dan guru kanan

Tahniah kepada guru pembimbing yang berjaya gilap bakat murid SK Laksamana ke pentas dunia

'Semua anak murid sayang abah' - Anak Allahyarham Ustaz Ku Yaacob

Aiman murid tahun enam membacakan syarahan dalam bahasa Melayu.

Murid tahun enam membuat persembahan deklamasi sajak sempena Hari Bahasa Melayu.

Murid dari pelbagai negara membuat persembahan dikir barat.