SHAH ALAM - Di peringkat pendidikan tinggi, KPM telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan mekanisme mod kemasukan melalui laluan khas kepada golongan B40 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dalam proses pemilihan pelajar untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan dan kemahiran awam (ILKA).

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata KPM dengan kerjasama IPT turut menawarkan pelbagai program seperti Skim Zakat, Bantuan Kebajikan Pelajar dan program keusahawan.

Beliau menjawab soalan berkaitan janji kerajaan untuk mewujudkan inclusivity dalam pendidikan yang diharapkan oleh golongan B40 khususnya Melayu Bumiputera yang dibangkitkan oleh Mastura Mohd Yazid (Adun Kuala Kangsar, Perak).

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang perbekalan 2020 peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam.

Artikel lain:

'Kebajikan anak-anak kurang upaya amat dekat di hati saya' - Maszlee

Penyelenggaraan kuarters milik KPM di seluruh negara

Penyambungan bekalan elektrik ke grid utama sekolah-sekolah di Sarawak

Agihan peruntukan penyelenggaraan sekolah ambil kira keperluan sebenar

Tiada pengasingan aliran di sekolah sebagai persediaan bentuk kerjaya

PSP bagi murid sekolah rendah utamakan pendekatan 'nutrition security' nutrisi