Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan 1 Mac ini, murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara akan memulakan sesi persekolahan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Bagi Cikgu Ashikin Hashim, salah seorang Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak, ibu bapa yang mempunyai anak Tahun Satu, pastinya berdebar untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah.

“Saya juga ada anak yang bakal berada di Darjah Satu. Debaran tentulah ada kerana tahun ini sangat berbeza berbanding sebelumnya.  

“Kerana itu, saya ingin kongsikan sedikit tip untuk mak ayah ambil tahu sebelum anak-anak memulakan persekolahan beberapa hari sahaja lagi,” katanya yang juga seorang pengetua tadika.

Beliau berkata, selain persiapan akademik, ibu bapa perlu tahu beberapa perkara di bawah ini iaitu...

1) Pastikan anak-anak sudah boleh pakai dan tanggal baju sekolah sendiri. Ini sangat penting bagi anak yang duduk di transit. Mana nak letak baju yang dah pakai, cara nak sangkut baju dan sebagainya.

2) Jika dulu kita latih anak guna duit dan cara beratur di kantin, musim pandemic ini mungkin kita kena sediakan bekal dari rumah. Lebih selamat dan terjamin kebersihannya. Anak-anak pun tak perlu ambil masa beratur nak membeli. Tapi tak salah ajar anak cara guna duit. Mungkin ada barang yang dia nak beli di koperasi sekolah.

3) Cara buka seluar/kain dan seluar dalam semasa ke tandas. Ini sangat penting. Jika anak tak pandai buka seluar separuh, macamana cara nya. Mana pula nak letak seluar jika anak buka semua. Mak ayah wajib ajar apa yang perlu anak-anak lakukan bila berkaitan perkara ini.

4) Cara basuh selepas membuang air besar dan kecil. Cara letak paip dan gayung. Ini semua penting kena ajar.

5) Ajar anak tempat tunggu masa balik. Cari lokasi yang mudah. Pesan anak jangan pergi tempat lain. Jika anak naik van sekolah, bincang dengan pemandu berkenaan...di mana dan jam berapa anak perlu bersedia untuk menaikinya.  

6) Pesan pada anak, guru di sekolah rendah tak sama dengan tadika. Guru di tadika mungkin ada masa nak pujuk atau buat apa sahaja. Tapi di sekolah rendah, guru lebih tegas dan semua perkara mesti berdikari. Anak-anak tak boleh bergantung sepenuhnya pada guru.

Semoga dengan perkongsian ini, ibu bapa akan lebih bersedia dan sentiasa membantu anak-anak dalam pelbagai aspek  khususnya yang masih bersekolah.

Sumber: Facebook Ashikin Hashim

Artikel menarik

9 tip tingkatkan kemahiran melukis murid perkongsian Cikgu Nor Azura

Dr Rebecca dinobatkan sebagai 2% Saintis Terkemuka di dunia, buktikan anak Malaysia boleh!