SHAH ALAM - "Saya berharap Nur Ilham Sofiyah Mohd Fauzilan, 18 dan Nur Syahirah Natasha Mohd Nor, 18 dapat menyambung pengajian di universiti yang diidamkan.

Demikian kata Guru subjek Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Ustazah Zubaidah Ahmad dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 18.

Nur Ilham Sofiyah dan Nur Syahirah Natasha yang sebelum ini gagal subjek Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah disahkan mendapat A- dan A dalam subjek berkenaan, setelah keputusan semakan semula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.

Ustazah Zubaidah turut lahir perasaan terkejut bila mendapat tahu pelajarnya gagal dalam subjek berkenaan.

"Mereka tidak pernah gagal sepanjang peperiksaan dalaman di sekolah.

"Waktu percubaan SPM 2018, mereka memperoleh B+...berdasarkan pengalaman saya, calon B+ boleh mendapat sekurang-kurangnya A- dalam SPM," katanya ketika dihubungi GPS Bestari.com.

Disebabkan keputusan gagal, Ustazah Zubaidah mahu kedua pelajarnya membuat semakan semula kerana yakin mereka mampu peroleh keputusan cemerlang dalam SPM berdasarkan rekod sebelumnya.

Dalam pada itu, Ustazah Zubaidah berkongsi kegembiraannya di atas kejayaan bekas pelajarnya yang lain.

"Majoriti pelajar lepasan SPM sekolah ini berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi menerusi keputusan UPU yang diumumkan baru-baru ini.

"Saya harap, Nur Ilham Sofiyah dan Nur Syahirah Natasha juga akan berjaya ke universiti," katanya.

Terdahulu, dua bekas pelajar SMK Seksyen 18 terkejut besar setelah mendapat keputusan semakan semula SPM.

Nur Ilham Sofiyah dan Nur Syahirah Natasha yang sebelum ini gagal dalam subjek Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah disahkan masing-masing mendapat A- dan A dalam subjek berkenaan.

Dalam keputusan yang diumumkan 14 Mac lalu, Nur Ilham Sofiyah mendapat 7A 1B+ 1C+ dan Gagal subjek Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah manakala Nur Syahirah Natasha, 8A 1B dan juga Gagal subjek Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua lepasan SPM ini terkejut subjek Gagal, rupa-rupanya A setelah semakan semula dibuat

'Saya harap pihak USIM timbang kemasukan anak.. keputusan SPM dia dah berubah.' - Bapa

KPM akan pastikan dua pelajar SMK Seksyen 18 dapat sambung pengajian di universiti yang dimohon