KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menyifatkan filem Tamil ‘Raatchasi’ telah menggambarkan dasar dan perubahan yang sedang digubal untuk dilaksanakan dalam pendidikan negara.

Beliau berkata filem itu menterjemahkan aspirasi beliau antaranya inisiatif Program Sarapan Percuma yang juga ingin melihat guru-guru boleh duduk makan sekali dengan anak murid.

Maszlee menjelaskan filem itu mempunyai jalan cerita yang luar biasa dan watak sempurna yang dilakonkan oleh pelakon utama, Jyothika.

"Berbeza rasanya menonton sebagai Menteri Pendidikan. Setiap babak sentiasa saya refleksikan dengan keadaan di negara kita.

"Geetha Rani adalah watak pengetua adiwira yang sangat hebat. Beliau membuktikan kepada kita bahawa perubahan yang besar itu bukanlah mustahil,” katanya dalam catatan di Facebook, Twitter dan Instagramnya hari ini selepas beliau menonton bersama pegawainya kelmarin.

Filem Raatchasi, arahan S Gowthamraj itu memaparkan Jyothika memainkan peranan utama dalam mengharungi liku dan ranjau sebagai seorang guru besar yang berdisiplin tegas  ingin memperbaiki keadaan sekolah daif yang dikendalikan oleh kerajaannya.

Maszlee memberitahu filem itu turut menyentuh isu keciciran murid yang mana watak Geetha telah berjaya melibatkan semua pihak untuk mengatasi isu keciciran murid termasuk pihak polis.

"Ini yang sedang kita usahakan. Kita nak pastikan penguatkuasaan’ itu berlaku di semua penjuru agar tiada lagi kanak-kanak yang tercicir,” katanya.

Beliau juga berkongsi, watak Geetha berjumpa dengan semua ibu bapa pelajar dan menubuhkan seolah-olah seperti Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) untuk memastikan ibu bapa terlibat aktif dengan pendidikan anak-anak mereka.

Menjadikan pendidikan sebagai visi kolektif semua pihak adalah antara hasrat terbesar beliau kerana Maszlee yakin pendidikan harus berupaya menjadi objektif komuniti setempat, malah pendidikanlah yang akan meningkatkan taraf hidup mereka.

Beliau juga menyarankan semua pihak termasuk semua warga pendidik, ibu bapa, murid-murid untuk turut menonton filem itu.

Sejak kebelakangan ini, filem berdurasi dua jam 14 minit itu tular dalam kalangan pengguna media sosial terutamanya netizen Melayu kerana tertarik dengan jalan ceritanya. - Bernama

Tulis beliau di facebooknya...

Dua bulan lepas filem ini keluar. Semalam saya menontonnya bersama pegawai-pegawai.

Saya akan tulis artikel mengulas filem ini. Yang pasti, filem ini memang wajib tonton. Jalan ceritanya luar biasa. Wataknya sempurna.

Berbeza rasanya menonton sebagai Menteri Pendidikan. Setiap babak sentiasa saya refleksikan dengan keadaan di negara kita.

Geetha Rani adalah watak pengetua adiwira yang sangat hebat. Beliau membuktikan kepada kita bahawa perubahan yang besar itu bukanlah mustahil.

Banyak sekali dasar dan perubahan yang kita sedang gubal untuk dilaksanakan telah berjaya digambarkan dalam filem ini.

Misalnya inisiatif PSP (Program Sarapan Percuma). Filem ini menterjemahkan aspirasi saya yang lebih dari sekadar makanan, tetapi saya ingin melihat guru-guru boleh duduk makan sekali dengan anak-anak kita.

Begitu juga dengan isu keciciran murid. Geetha telah berjaya melibatkan semua pihak untuk atasi isu keciciran murid, termasuklah pihak polis. Ini yang sedang kita usahakan. Kita nak pastikan ‘enforcement’ itu berlaku di semua penjuru agar tak ada lagi kanak-kanak yang tercicir.

Bukan itu sahaja. Geetha juga berjumpa dengan semua ibu bapa pelajar. Tubuhkan semacam Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) untuk pastikan ibu bapa ini terlibat aktif dengan pendidikan anak-anak mereka.

Menjadikan pendidikan adalah visi kolektif semua pihak adalah antara hasrat terbesar saya. Kerana saya yakin, pendidikan harus berupaya menjadi objektif komuniti setempat, malah pendidikanlah yang akan meningkatkan taraf hidup mereka.

Semua pendidik, ibu bapa, murid-murid dan sesiapa sahaja, saya sarankan untuk tonton filem ini. Segera!

Ini pula kata mereka...

Perlu ada roh guru

Memberi inspirasi

We can do better

Pengetua adiwira

Seimbang kesenian, manusiawi dan STEM

Tip Menarik:

10 manfaat belajar awal pagi cara Cikgu Shahrul...penting untuk calon UPSR amal

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau

Hafal fakta 'buruj' Sains (Kertas 2) UPSR - 11 nota mudah dan contoh soalan untuk calon ulang kaji

Teknik GPS cara Cikgu Shahrul...calon pasti dapat jawab dengan mudah Sains (Kertas 1) UPSR

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam