SERAMAI 64 pelajar Tingkatan Enam Semester 2 sesi 2020/2021, Pusat Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai, Niah, Miri, Sarawak mengikuti program Human Library: Towards Success pada 29 Januari lalu.

Diadakan di Bilik Gerakan Tingkatan Enam dan dirasmikan Penolong Kanan Tingkatan Enam, Wong Ling Ing, program itu bertujuan memberi suntikan semangat supaya lebih berdaya saing dan melahirkan modal insan yang holistik.

Guru Penyelaras Program Peningkatan Akademik STPM, Pusat Tingkatan Enam SMK Suai, Mc Lly Adrian Simon berkata, Human Library: Towards Success merupakan program yang pertama bagi tahun ini.

"Kita telah menjemput dua alumni cemerlang iaitu Billy anak Meredan (Ijazah Sarjana Muda Geografi dengan Kepujian, Universiti Malaya) dan Jessica Nuwie Anak Jackson (Ijazah Sarjana Muda Sastera (Linguistik) dengan Kepujian, Universiti Malaysia Sarawak) untuk slot perkongsian berkenaan teknik belajar dan pengalaman di universiti.

"Selain itu, kita mahu beri semangat kepada semua peserta bahawa Tingkatan Enam bukan sukar seperti yang diperkatakan ramai. Jika rajin belajar, mereka pastinya dapat ke universiti seperti orang lain," katanya merangkap guru mata pelajaran Pengajian Am.

Cikgu Adrian

Menurut Cikgu Adrian, Human Library: Towards Success mungkin akan diteruskan lagi dalam bentuk bersiri dan akan menjemput alumni STPM yang berimpak tinggi.  

"Saya berharap program sebegini dapat memberi menginspirasikan pelajar Tingkatan Enam mencapai kejayaan yang gemilang," ujarnya.

Masa akan datang, Pusat Tingkatan Enam SMK Suai akan menganjurkan pelbagai program menarik membabitkan alumni STPM dengan kerjasama beberapa agensi awam dan swasta.

"Misalnya, Program Scholarship Engagement bagi berkongsi tawaran biasiswa atau pembiayaan untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda selepas STPM," jelasnya.

Cikgu Ling Ing

Sebahagian peserta yang mengikuti program Human Library: Towards Success.

Slot perkongsian Smart Study yang disampaikan Jessica Nuwie.

Cikgu Ling Ing menyampaikan sijil penghargaan kepada Jessica kerana berkongsi pengalaman bersama peserta sambil diperhatikan Penyelaras Kokurikulum, Elizabeth anak Enjop (tengah).

Billy (kiri) menerima sijil penghargaan daripada Cikgu Ling Ing. 

Artikel Menarik:

'Gumpal kertas dan mengecop antara aktiviti latih anak menulis' - Ini perkongsian Cikgu Ashikin

Tak sampai dua bulan, pelajar kelas hujung kuasai BM guna Kad Tekad ciptaan Cikgu Ghani

SBP Integrasi Gombak pentaskan Teater Muzikal Mahsuri