SHAH ALAM - Kementerian telah menawarkan pelbagai insentif bagi menggalakkan guru menyambung pengajian sama ada di peringkat diploma/ijazah/PhD.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata antaranya menawarkan Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan biasiswa iaitu Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) atau tanpa biasiswa.

"Bagi guru yang menyambung pengajian menggunakan kewangan sendiri atau pinjaman, Kerajaan sedang dalam usaha untuk mengkaji insentif yang bersesuaian bagi menghargai usaha tersebut.

"Selain itu, Kementerian turut menyediakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada guru-guru yang melanjutkan pengajian tanpa biasiswa," katanya ketika menjawab isu berkaitan dengan insentif kepada guru yang menyambung pengajian ke peringkat master dan PhD dibangkitkan oleh Nor Azrina Surip (Adun Merbok, Kedah).

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang perbekalan 2020 peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam.

Artikel lain:

'Bantuan Umum, Bantuan Khusus dan Bantuan One-Off' - peringkat sekolah rendah dan menengah

KPM akan terus pastikan murid mendapat bantuan dan sokongan pendidikan relevan dengan keperluan

Biasiswa diberikan pelajar yang layak tanpa kira kaum, agama dan geografi

Inclusivity dalam pendidikan

'Kebajikan anak-anak kurang upaya amat dekat di hati saya' - Maszlee