Putrajaya - Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengarahkan pihak Pejabat Pendidikan Daerah )PPD) untuk menjalankan siasatan berhubung laporan seorang guru merotan murid perempuan kerana menegur beliau dengan perkataan yang tidak sopan.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, beliau meminta kes itu disiasat secara adil agar keadilan dapat diberikan kepada kedua pihak iaitu guru dan pelajar yang terlibat.

"Saya telah menerima laporan berkenaan kejadian di mana seorang guru telah merotan seorang pelajar perempuan kerana menegur beliau dengan ayat “Ah qua lao Shi” (Cikgu Pondan) ketika guru tersebut lalu di koridor tanpa sebab.

"Sehubungan itu, saya mengambil maklum akan kejadian ini dan telah mengarahkan pihak PPD untuk menjalankan siasatan agar keadilan dapat diberikan kepada kedua pihak iaitu guru dan murid yang terlibat," katanya menerusi kenyataan media yang dihantar kepada GPS Bestari sebentar tadi.

Kenyataan media yang dihantar kepada GPS Bestari sebentar tadi.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah di Johor Bharu.

Kata beliau, PPD Johor Bharu telah mula menjalankan siasatan dan mereka juga akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa murid berkenaan.

"Pesanan saya kepada masyarakat di luar sana agar menghentikan penularan video dan gambar-gambar berkaitan kes ini demi menjaga imej guru dan murid tersebut dan seterusnya memberi ruang kepada PPD Johor Bahru serta pihak terbabit untuk menjalankan tugas mereka sebaik mungkin," katanya.

KPM positif perkara ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat, mengikut tatacara dan prosedur operasi standard (SOP) yang bersesuaian.

Baca:

'Pihak sekolah sedang berurusan dengan ibu bapa dua pelajar' - Kata Ketua Polis Terengganu

Guru ini kongsi 12 kelebihan masuk tingkatan enam, nombor tujuh pasti buat ramai tersenyum

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Mak ayah perlu buat ini jika mahu anak mereka skor A Matematik UPSR

Pelajar autisme SMK Bukit Baru, Juara Khat Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka dua tahun berturut-turut