Tidak semua tempat mempunyai capaian internet yang baik, terutamanya di sesetengah kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak. Untuk memudahkan pembelajaran dan murid tidak rasa tercicir dari pelajaran, belajar menerusi Whatsapp merupakan salah satu medium yang boleh dicuba.

Ikuti perkongsian Guru Subjek Bahasa Melayu Tahun Enam, Cikgu Adzrytta Nawi dari  SK Sungai Sian, Maradong, Sarawak ini.

"Nak kongsi juga... Salah satu teknik yang saya guna sepanjang PKP kerana sekolah saya luar bandar dan internet kurang capaian. Saya bagi latihan melalui whatsapp dan murid salin dalam buku latihan, ambik gambar dan saya semak," Cikgu Adzrytta.

Antara step yang boleh cikgu cuba.

1. Sediakan soalan.

2. Murid salin ke dalam buku  tulis.

3. Setelah siap dijawab, Whatsappkan kembali kepada guru.

4. Guru semak dan tanda di telefon atau bertulis.

5. Whatsappkan kepada kepada murid atau di dalam grup Whatsapp kelas.


Tip menarik:

50 latihan peribahasa disediakan Guru Cemerlang SBP Integrasi Kubang Pasu

Guru Cemerlang kongsi kuiz subjek Sains untuk pelajar Tingkatan Tiga dan Lima jawab

Ustazah Zulfa sediakan 10 soalan mudah untuk calon UPSR jawab – Boleh rujuk buku teks

Cikgu Mohd Azif kongsi set latihan Fizik untuk calon SPM ulangkaji sepanjang PKP

Latih tubi soalan objektif Matematik SPM 2020 – Perkongsian Guru Cemerlang